SEPERTI bola sepak, pasukan futsal yang menyertai Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) juga sedang giat melakukan persiapan sebagai persediaan menghadapi saingan musim baharu.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ada pasukan seperti juara MPFL musim lepas, Pahang Rangers FC dan Johor Darul Takziim (JDT) mengambil insiatif untuk melakukan perlawanan persahabatan pada Sabtu.
Dalam aksi yang di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, Pahang itu menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi seperti di pertandingan sebenar dengan masing-masing tampil mempersembahan persembahan cemerlang.
Namun, pasukan Pantai Timur berkenaan menunjukkan sedikit kualiti berbeza apabila mereka berhasil menang tipis 5-4 ke atas naib juara MPFL tersebut walaupun umum mengetahui Pahang baru sahaja kehilangan pemain.
Sebelum ini, skuad kendalian Gerard Casas dilaporkan mengalami situasi apabila dua pemain mereka iaitu Ridzwan Bakri dan Mahadir Harahap dilaporkan ‘ghaib' untuk satu tempoh termasuklah ponteng sesi latihan.
Misteri kehilangan dua tonggak itu terjawab apabila bila Ridzwan dan Mahadir disahkan sudah menyertai JDT pada hujung Januari lepas, malah kelibat kedua-dua mereka juga kelihatan di aksi persahabatan tersebut.
BACA LAGI: Dua pemain 'hilang' muncul di JDT
JDT mendapatkan dua bintang daripada Pahang Rangers. — Facebook/JDTFutsal
BACA LAGI: Pernah berbakti di bumi Hang Tuah, pivot Brazil pilih Pahang jadi destinasi tukar angin
Kehadiran mereka di gelangang tersebut disambut dengan suasana kurang menyenangkan selepas penyokong Pahang bertindak luar kawalan apabila menyorak 'boo' kedua-dua pemain berkenaan.
Lebih memalukan apabila bekas pemain Pahang Rangers, Mahadir menjaringkan gol sendiri ke gawang majikan baharunya pada minit ke-11 dan sekali gus menjadi bahan kutukan para penyokong Pahang Rangers.
Dalam masa sama, aksi berkenaan juga dicemari dengan insiden kontroversi sehingga difahamkan pengendali JDT, Juan Antonio Miguel Garcia menyerang pengadil serta pengadil dan jurulatih Pahang.
“Panas di Kuantan! Panas nampaknya game di Kuantan tatkala Pahang Rangers mendahului JDT 4-1 di separuh masa pertama. Selain dua pemain yang menjadi sasaran boo penyokong, salah seorang iaitu Mahadir menjaringkan gol sendiri.
"Manakala pengendali JDT dilaporkan hilang sabar dengan pengadil malah hampir menyerang pengadil serta coach Pahang Rangers, Gerard Casas,” memetik hantaran Otai Sukan.
Sengketa dua pasukan itu seperti teaser awal saingan MPFL musim ini akan lebih sengit, mencabar dan penyokong juga bakal disajikan dengan aksi-aksi menarik dari Pahang Rangers, JDT dan lapan pasukan lagi.
Sepak mula pertandingan MPFL musim ini akan menemui fans pada 17 Februari nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram