PENYAKIT pergaduhan melibatkan pemain amatur kini seolah-olaj merebak hingga ke Pantai Timur tanah air selepas tular video pergaduhan ketika aksi bola sepak sosial antara pasukan dari di Terengganu.
Berdasarkan dua video tular yang tersebar di platform X memaparkan sekumpulan lelaki dalam golongan belia bergaduh tanpa kawalan sehingga insiden berdarah melibatkan seorang lelaki berusia turut disaksikan.
Menerusi satu video berdurasi 43 saat yang dimuat naik oleh pemerhati sukan, Piang Shankly lelaki berkenaan dipukul beramai-ramai oleh beberapa pemain berjersi merah jambu hingga menyebabkan dia tersungkur tidak berdaya.
Gara-gara pukulan oleh beberapa pemain berjersi merah jambu itu, kepala ayah kepada seorang pemain itu berdarah hingga terpaksa dibalut bagi menghentikan pendarahan.
"Perlawanan Terengganu Football League petang tadi (Jumaat). Bapa kepada salah seorang pemain dipukul. Pecoh pale (pecah kepala)," katanya di laman X sambil memuat naik gambar dan video pergaduhan.
BACA LAGI: [VIDEO] Liga amatur di Rawang buat hal lagi, gaduh hingga pelangkung kepala pemain guna helmet
Keadaan selepas ayah pemain itu dipukul.
Menurut sumber yang dikongsikan kepada Majoriti, pasukan terlibat dalam pergaduhan di saingan Terengganu Football League (TFL) berkenaan ialah Kesa FC (jersi merah jambu) dan Nag FC.
Ada juga mendakwa bahawa pergaduhan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati pasukan Kesa susulan tewas 1-4 di tangan Nag, yang mana pasukan tersebut pertama kali merekodkan kemenangan dalam saingan berkenaan.
Belum ada kenyataan daripada polis Terengganu berhubung insiden itu setakat berita ini ditulis.
Sebelum ini, pergaduhan melibatkan pemain amatur juga berlaku di Rawang, Selangor yang mana menyaksikan insiden membaling barang menggunakan helmet untuk menghempuk kepala pemain turut berlaku.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Shafa'aton Abu Bakar dilaporkan berkata, kejadian yang berlaku pada 8.40 malam itu berpunca daripada perselisihan faham melibatkan pemain dua kelab bola sepak peringkat komuniti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram