KETIKA ini, prestasi skuad kebangsaan berada di tahap terbaik apabila mencatatkan sembilan kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan sepanjang tahun lalu.
Rekod cemerlang tersebut menyaksikan negara melonjak ke tangga ke-130 dunia dengan ia merupakan kedudukan terbaik sejak kira-kira 12 tahun lepas.
Prestasi membanggakan terbabit menyuntik semangat buat pasukan Harimau Malaya yang akan bersaing dalam Piala Asia pertengahan Januari ini meskipun mereka diundi di samping pasukan lebih berkualiti.
Kecemerlangan berkenaan boleh dianggap berpunca daripada kehadiran ketua jurulatih, Kim Pan-gon yang dilantik pada 21 Januari dua tahun lalu.
Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melantiknya sebelum ini membawa satu nafas baharu buat pasukan kebangsaan yang berada dalam kemelut tersendiri sebelum ini.
Hamidin mendedahkan perkara itu menerusi satu sesi temu bual baru-baru ini.
Jadi, tidak hairanlah apabila orang ramai terus memberi sokongan buat pengendali kelahiran Korea Selatan berkenaan dalam misi terus mendaki ranking FIFA.
Bagaimanapun, situasi berbeza hampir dialami pasukan negara kerana mereka pernah didatangi bekas ketua jurulatih skuad senior Vietnam, Park Hang-seo.
Perkara terbabit didedahkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi temu bual Bola Itu Life anjuran Astro Arena pada Selasa.
"Untuk pengetahuan anda, Hang-seo memang hampir nak datang. Ini saya berikan (eksklusif) buat rancangan ini. Memang dia nak datang dan pernah adakan temu duga bersama saya.
"Dia sanggup tamatkan kontrak untuk bersama kita." - Datuk Hamidin Mohd Amin.
Pengendali juara Piala AFF 2018 bersama Vietnam, Park Hang-seo hampir ke Malaysia. #BIL @keeshmatstats @akaljenuhpod pic.twitter.com/SL8MoDXZRX
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 2, 2024
Baca Lagi: Satu perlawanan persahabatan tidak mencukupi — Kim Pan-gon
"Ketika itu dia masih bersama Vietnam dan dia sanggup tebus kontrak kerana dia berminat untuk melatih pemain negara. Ia kerana dia minat dengan pemain seperti Corbin Ong dan Sumareh seperti mana disebut dalam sesi temu duga," katanya.
Sepanjang enam tahun mengendalikan negara berkenaan, Hang-seo membawa pelbagai kenangan manis buat mereka, termasuk membantu mereka menjuarai Piala AFF 2018.
Bagaimanapun, pada tahun lalu, jurulatih berusia 66 tahun terbabit memilih untuk tidak menyambung kontraknya dengan dia kini berstatus ejen bebas.
Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa pasukan sekitar Asia Tenggara, permintaan gaji tinggi sedikit sebanyak menyekat peluang mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram