Kepimpinan KPG berjaya jadikan Malaysia pasukan Asean paling progesif 2023


  • Podium
  • Ahad, 31 Dis 2023

Tahun 2023 penuh dengan tuah buat Harimau Malaya. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

KEHADIRAN Kim Pan-gon sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya nyata membawa seribu satu kenikmatan buat semua.

Malaysia bermain bola sepak yang terpuji sambil berjaya menjadikan kemenangan sebuah rutin dan tidak lagi selalu menanggung kekalahan.

Hasil kempimpinan Pan-gon juga Malaysia berjaya kembali ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun. Dan apabila di Qatar kelak, Harimau Malaya boleh terus mencuri tumpuan apabila berdepan jaguh Asia seperti Korea Selatan.

Namun begitu, satu perkara yang menjadi pujian dan tumpuan adalah hasil kerja Pan-gon yang berjaya mendekatkan Malaysia dengan kelompok 100 terbaik dunia dalam masa yang singkat.

404269160_1047949006278335_9220161610629601198_n

Malaysia menamatkan 2023 sebagai pendahulu kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. — Facebook/FAM

Setelah setahun bersama-sama Malaysia, pengendali dari Korea Selatan itu telah berjaya membawa skuad kebangsaan mendaki 15 anak tangga dalam ranking FIFA.

Pada Disember 2022, Pan-gon memulakan kariernya bersama-sama Malaysia di kedudukan ke-145 dunia. Setahun kemudian, Malaysia di tempat ke-130 dunia.

Lonjakan yang dilakukan itu adalah yang terbaik dilakukan oleh mana-mana pasukan Asia Tenggara. Ia sekali gus menjadikan Malaysia pasukan bola sepak progresif di rantau ini dalam pendakian ranking FIFA.

Rekod hebat itu jauh meninggalkan musuh-musuh Harimau Malaya di rantau Asia Tenggara dari segi jumlah lonjakan dilakukan. Sebagai rekod, Indonesia yang merupakan pasukan kedua terbaik cuma naik lima anak tangga dari kedudukan 151 ke 146 dunia.

WhatsApp Image 2023-12-31 at 17.31.36

Malaysia pasukan paling progresif di Asia Tenggara untuk 2023. — Facebook/M Amirul Azlan

Dua lagi negara yang melakukan pendakian adalah Singapura yang naik empat anak tangga dari kedudukan 160 ke 156 dunia dan Vietnam yang cuma melonjak dua tempat (tangga 96 kepada 94 dunia).

Baki tujuh negara Asia Tenggara yang lain mencatatkan rekod penurunan termasuklah Thailand dan Filipina yang tidak mempunyai tahun gemilang pada 2023.

Berikut merupakan senarai penuh naik turun kesemua pasukan Asia Tenggara dalam ranking FIFA:

  1. MALAYSIA (145 kepada 130) - naik15 anak tangga
  2. Indonesia (151 kepada 146) - naik 5 anak tangga
  3. Singapura (160 kepada 156) - naik 4 anak tangga
  4. Vietnam (96 kepada 94) - naik 2 anak tangga
  5. Thailand (111 kepada 113) - turun 2 anak tangga
  6. Myanmar (159 kepada 162) - turun 3 anak tangga
  7. Kemboja (177 kepada 179) - turun 2 anak tangga
  8. Laos (187 kepada 189) - turun 2 anak tangga
  9. Timor Leste (197 kepada 200) - turun 3 anak tangga
  10. Filipina (134 kepada 140) - turun 6 anak tangga
  11. Brunei (190 kepada 194) - turun empat anak tangga

Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand akan mewakili Asia Tenggara di Piala Asia 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram