[VIDEO] Aksi EPL ditunda, kapten sekali lagi rebah atas padang terkena serangan jantung


  • Podium
  • Ahad, 17 Dis 2023

Lockyer ketika menerima rawatan apabila rebah di atas padang akibat serangan jantung. — Agensi

PERLAWANAN membabitkan Luton Town ketika menentang AFC Bournemouth terpaksa dihentikan selepas kapten pasukan, Tom Lockyer mengalami serangan jantung pada Sabtu.

Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan kedua-dua pasukan terbabit terpaksa dihentikan di pertengahan separuh masa kedua selepas terikat 1-1 bagi memberi laluan kepada Lockyer menerima rawatan susulan sebelum dibawa keluar dari padang.

Lockyer, bertindak balas semasa dia dibawa ke atas pengusung sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Stabil dan sedang menjalani ujian lanjut.

“Kakitangan perubatan kami mengesahkan bahawa Lockyer mengalami serangan jantung di atas padang, tetapi bertindak balas semasa dia dibawa keluar dari pengusung.

“Beliau menerima rawatan lanjut di dalam stadium, yang mana kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan dari kedua-dua pihak.

"Dia menerima rawatan lanjut di stadium, kami sekali lagi berterima kasih kepada pasukan perubatan dari kedua-dua pasukan.

"Lockyer dipindahkan ke hospital, kami memberi jaminan kepada penyokong bahawa dia stabil dan sedang menjalani ujian lanjut bersama keluarganya," kata Luton Town dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Lockyer pernah menjalani pembedahan jantung selepas rebah semasa kemenangan Luton dalam final 'play-off' menentang Coventry pada Mei lalu.

Pemain itu kembali beraksi pada awal musim dan sudah melakukan 15 penampilan bersama Luton Town sebelum mengalami serangan jantung pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram