PELUANG untuk meneruskan penguasaan tidak berhasil buat atlet paralimpik negara, Ridzuan Puzi apabila terpaksa melihat wakil daripada negara lain diraikan di podium.
Atlet olahraga sensasi negara itu terlepas peluang untuk mempertahan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia apabila lariannya dibatalkan pada perlumbaan akhir Sukan Para Asia 2023 di Hangzhou, China.
Keputusan tersebut membuatkan Ridzuan tidak berjaya untuk memperbaharu rekod lariannya di Sukan Para Asia. Ridzuan merupakan pemegang rekod larian terpantas bagi acaranya di Sukan Para Asia iaitu 11.87 saat.
Rentetan daripada perkara yang berlaku, Ridzuan terpaksa berpuas hati melihat atlet lain naik ke atas podium bagi acara tersebut. Atlet China, Deng Peicheng dan Yang Yifei masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua sementara Takeru Matsumoto meraih pingat gangsa.
Ridzuan merupakan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara pada acara akhir 100 meter T36 Sukan Para Asia Hangzhou. — Agensi
Peicheng mencatatkan masa larian sepantas 11.80 saat sekali gus memecahkan rekod yang dimiliki oleh Ridzuan sebelum ini. Yifei mencatatkan masa sepantas 12.15 dan Matsumoto pula 12.38 saat.
Untuk rekod, Yifei sekali lagi memperoleh pingat perak selepas melakukan perkara yang sama ketika Sukan Para Asia 2018 sewaktu Ridzuan mendapatkan pingat emas.
Walaupun sudah terlepas peluang mendapatkan pingat emas, namun Ridzuan masih menunjukkan taringnya apabila mewakili Malaysia di Sukan Paralimpik 2024 yang bakal diadakan di Paris, Perancis kelak.
Berikut merupakan keputusan penuh perlumbaan akhir 100 meter T36 kategori lelaki:
- Deng Peicheng (China) - 11.80 saat (rekod Sukan Para Asia)
- Yang Yifei (China) - 12.15 saat
- Takeru Matsumoto (Jepun) - 12.38 saat
- Taha Abdullah Rashid Al Harrasi (Oman) - 12.53 saat
- Izzat Turgunov (Uzbekistan) - 12.64 saat
- Abdulsattar Challoob (Iraq) - 13.10 saat
- Jamoliddin Akobirov (Uzbekistan) - 14.34 saat
- Ridzuan Puzi (Malaysia) - dibatalkan
Ridzuan masih lagi mempunyai peluang untuk memperoleh pingat emas dalam Sukan Para Asia terakhirnya menerusi acara lompat jauh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram