
BARU-BARU heboh ini seorang individu yang dikenali sebagai jutawan terkenal tanah air berminat untuk mengambil alih sebuah kelab di Malaysia berpangkalan di Pantai Timur.
Susulan khabar angin tersebut, pelbagai nama jutawan yang pernah terlibat bola sepak dikaitkan dengan berita sebut dan antaranya ialah pemilik Los Angeles FC, Datuk Ruben Emir Gnanalingam; Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Seri Vida dan Tan Sri Vincent Tan.
Namun nama bekas pemilik K.V. Kortrijk di Liga Utama Belgium, Vincent Tan merupakan jutawan yang difahamkan akan membeli sebuah kelab Pantai Timur tanah air terutamanya selepas usahawan itu melepaskan kelab itu kepada ahli perniagaan dari Amerika Syarikat, Maciek Kaminski.
Vincent dilaporkan membeli kelab tersebut pada tahun 2015 dengan harga 5 juta euro (RM25.05 juta), dan menjualnya pada harga 17.5 juta euro (RM87.68 juta).
Beliau mengambil langkah tersebut untuk membantu KV Kortrijk melangkah ke tahap lebih tinggi dengan pengalaman yang dmiliki oleh usahawan dalam bidang hartanah tersebut.
Meskipun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Vincent Tan mengenai khabar angin pembelian pasukan Liga Super itu namun ramai penyokong bola sepak tanah air sudah tidak sabar melihat beliau terlibat dalam kancah domestik.
Tangkap layar khabar angin mengaitkan Vincent Tan dengan pasukan Pantai Timur.
Hal ini kerana, penyokong berpendapat bahawa jika Vincent terlibat menjadli pemilik kelab Liga Malaysia (Liga M), pastinya berlaku perubahan dari segi persaingan dalam kalangan pasukan domestik.
Perubahan persaingan yang dimaksudkan ialah dominasi pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan domestik akan berhenti dan pasukan di bawah naungan Vincent Tan akan mulai menggugat kedudukan Liga Super.
Mana tidaknya, kedudukan JDT yang kini sukar digugat adalah disebabkan kekukuhan kewangan dari semasa ke semasa, selain perancangan sistematik dari pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
“Dia dah nak datang. Habislah JDT kali ini ketar lutut. Bertabahlah yaa penyokong JDT ini mungkin tahun terakhir pasukan anda menjulang piala dan bermain bunga api. Datangnya Vincent Tan beerti pasukan anda sedang menuju ke dalam gua,” kata penyokong JDT, Pil Kuda.
Walaupun tiada sabarang pengumuman rasmi sama ada Kelantan FC, Terengganu FC dan Sri Pahang FC, pasti setiap daripada pasukan Pantai Timur itu berharap akan mendapat seorang pemilik yang mampu menguruskan kewangan dengan baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram