Kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, Azizulhasni cipta legasi raih emas keirin ke-12 di ACC


  • Podium
  • Ahad, 18 Jun 2023

Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, pada Ahad.

Kejayaan di Velodrom Nasional, turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun beliau untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

https://twitter.com/bazlyahttps://twitter.com/bazlyazmi/status/1670359890274160641?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1670359890274160641%7Ctwgr%5Ece0880577a7bef9660df3e4f6fc6990bbb9f01b3%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-sukan%2Facc-2023-azizulhasni-bukti-kejaguhan-dengan-emas-keirin-424489zmi/status/1670359890274160641?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1670359890274160641%7Ctwgr%5Ece0880577a7bef9660df3e4f6fc6990bbb9f01b3%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-sukan%2Facc-2023-azizulhasni-bukti-kejaguhan-dengan-emas-keirin-424489https://twitter.com/bazlyazmi/status/1670359890274160641?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1670359890274160641%7Ctwgr%5Ece0880577a7bef9660df3e4f6fc6990bbb9f01b3%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-sukan%2Facc-2023-azizulhasni-bukti-kejaguhan-dengan-emas-keirin-424489https://twitter.com/bazlyazmi/status/1670359890274160641?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1670359890274160641%7Ctwgr%5Ece0880577a7bef9660df3e4f6fc6990bbb9f01b3%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-sukan%2Facc-2023-azizulhasni-bukti-kejaguhan-dengan-emas-keirin-424489https://twitter.com/bazlyazmi/status/1670359890274160641?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1670359890274160641%7Ctwgr%5Ece0880577a7bef9660df3e4f6fc6990bbb9f01b3%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-sukan%2Facc-2023-azizulhasni-bukti-kejaguhan-dengan-emas-keirin-42448Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada 2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020.

Beliau turut pernah mencipta sensasi apabila meraih emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara, Jepun, selain turut meraih perak acara pecut berpasukan edisi tersebut, manakala ini hanya kali ketiga meraih emas keirin (2008, 2014, 2023).https://twitter.com/bazlyazmi/status/1670359890274160641?s=20

tps://twitter.com/bazlyazmi/status/1670359890274160641?s=

https://twitter.com/bazlyazmi/status/1670359890274160641Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga harus diberi pujian, kerana bersemangat kental untuk meneruskan perlumbaan selepas kemalangan pada separuh akhir, untuk bangkit meraih gangsa acara berkenaan.

Pingat perak menjadi milik juara Piala Negara-Negara UCI di Cairo, Mesir, Shinji Nakano, manakala juara bertahan Kohei Terasaki menamatkan saingan di tempat keempat. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram