Pelbagaikan posisi 3 tonggak HM, Tomi kena turunkan ego, cedok taktikal Elavarasan


  • Podium
  • Khamis, 04 Mei 2023

Sebahagian pemain Harimau Muda skuad B-22 menjalani latihan bagi menghadapi cabaran di Sukan SEA Kemboja. — Facebook/ FAM

SKUAD bola sepak bawah 22 (B-22) tahun negara menepati ramalan untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan pembukaan menentang Laos dalam kempen Sukan SEA Ke-32, pada Rabu.

Aksi yang berlangsung di Stadium Prince, Phnom Penh itu menyaksikan anak-anak buah E Elavarasan mencatatkan kemenangan 5-1.

Rata-rata penyokong memuji persembahan pemain-pemain muda negara secara keseluruhan dalam perlawanan menentang seteru serantau itu.

Malah penyokong Terengganu FC juga beranggapan ketua jurulatih pasukan, Tomislav Steinbruckner boleh mengaplikasikan taktikal Elavarasan dalam permainan dengan menggunakan pemain sedia ada dalam skuad utama Sang Penyu.

Seperti yang diketahui, terdapat beberapa pemain Terengganu FC yang beraksi dengan skuad B-22 negara iaitu Safwan Mazlan dan Azam Azmi.

Dua lagi ialah Ubaidullah Shamsul Fazili dan Muslihuddin Atiq masing-masing di Terengganu FC II di bawah kendalian Hairuddin Omar.

343751831_1194056951267704_3146485009801424966_n

Azam Azmi (kiri) merupakan tonggak pertahanan skuad Sang Penyu. — Facebook/ Terengganu FC

Pemerhati bola sepak Terengganu FC, Analisis Bola Tranung berpendapat Tomislav boleh belajar untuk mempelbagaikan posisi yang boleh dimainkan Azam Azmi dan Safwan Mazlan.

Katanya, setakat ini, Tomi hanya memainkan satu posisi khas untuk Azam Azmi iaitu bek kanan (right-back) dan Safwan Mazlan (bek tengah) (centre-back).

"Tidak seperti Tomi, Elavarasan menggunakan Azam untuk tiga posisi berbeza iaitu centre-back, right centre-back dan right wing-back.

"Itu tidak dikira lagi posisi sebelum ini iaitu nombor 6 yang dimainkan Azam bersama skuad ini.

"Safwan pula main dua posisi berlainan iaitu right wing-back dan right centre back. Dia juga pernah bermain di posisi left wing-back sebelum ini.

344360675_179451334637822_25021622391425443_n

Mohd Safwan ketika menjalani latihan bagi menghadapi cabaran di Sukan SEA Kemboja. — Facebook/ FAM

"Jadi belajarlah dari pemerhatian yang lebih meluas. Rendahkan ego, guna pakai 'etek buoh' (buah fikiran) orang.

"Contoh tengok apa yang Nafuzi Zain (bekas jurulatih TFC) buat untuk Alif Zakaria iaitu role false fullback, tidak salah kalau ia diteruskan," katanya.

Sementara itu, Anishak Iaaso Outlet juga berasakan selain Azam Azmi dan Safwan, Ubaidullah juga merupakan seorang pemain utiliti yang boleh main pelbagai posisi.

"Letak je posisi mana memang diorang boleh pergi. Ubaidullah ni kalau tengok cara dia main sangat tenang dan dalam masa sama boleh bawa bola sampai atas (box).

"Tak mustahil dia ni pemain yang akan main skuad utama senior Malaysia dalam tempoh setahun dua lagi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram