LIGA Super musim lalu menyaksikan Sabah FC mempamerkan persembahan yang cukup baik dengan menduduki tangga ke tiga teratas.
Satu keputusan yang tidak dijangka sama sekali namun berjaya diraih pasukan yang dikemudi bekas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kimg Swee.
Berdepan saingan liga musim depan, belum ada sebarang persiapan yang jelas melibatkan pemain Sang Badak.
Namun, sebelum ini penyokong Sabah FC boleh menarik nafas lega apabila pemain import mereka, Saddil Ramdani tidak jadi beraksi bersama kelab di Austria.
Terbaharu, sebuah page Facebook bola sepak di Indonesia pula mengatakan bahawa Saddil akan berstatus tanpa kelab.
Ini bermaksud bahawa pemain berusia 23 tahun itu tidak akan bersama Sabah FC untuk musim depan dan belum disahkan akan bermain untuk kelab sama ada tempatan atau kembali ke bermain di liga bola sepak negaranya.
Jendela perpindahan untuk saingan Liga Super musim depan masih terbuka dan ini bermaksud, beberapa pasukan tempatan boleh mengintai peluang untuk menggunakan khidmat pemain itu.
Berikut Majoriti senaraikan tiga kelab yang boleh mencuba nasib untuk memikat Saddil beraksi dengan mereka bagi musim depan.
Ramai pemain bintang TFC bersama pasukan lain musim depan.
Terengganu FC
Selepas Ketua Jurulatih mereka, Nafuzi Zain keluar dan memilih untuk bersama Kedah Darul Aman (KDA FC) musim depan, ternyata Terengganu FC (TFC) seperti hilang arah.
Ini kerana beberapa lagi pemain Sang Penyu juga dikatakan bakal mengikut jejak Nafuzi dan terbaharu, Faisal Halim yang kini beraksi bersama Selangor FC.
Kehilangan Faisal yang banyak membantu pasukan pastinya memberi kesan dan TFC perlu mencari pengganti yang berkemampuan tinggi sepertinya.
Bermain di posisi sama seperti Faisal, Saddil dilihat sebagai pemain yang boleh diambil Sang Penyu untuk memantapkan jentera serangan mereka.
Sri Pahang perlu pemain yang berbisa dalam pasukan mereka untuk saingan Liga Super musim depan.
Sri Pahang
Menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke tujuh, Sri Pahang perlukan rombakan untuk berdepan saingan musim depan.
Barisan pemain yang ada nampak masih terlalu rapuh dan harapan hanya diletakkan kepada pemain seperti Manuel Hidalgo.
Sri Pahang dilihat banyak merancang untuk memperkuatkan barisan pertahanan mereka untuk musim depan.
Pengambilan Saddil dilihat boleh menjadi gandingan kepada Hidalgo untuk membantu menguatkan barisan serangan pula.
Bojan Hodak mengakui KL City mempunyai ramai pemain muda yang kurang berpengalaman.
KL City
Walaupun berada di kedudukan ke enam Liga Super musim lalu, kecemerlangan KL City FC meraih Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 tidak boleh dinafikan.
Namun, berdepan saingan musim depan, KL City FC dilihat tidak begitu rancak dalam memilih pemain yang bakal memantapkan pasukan mereka.
Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak juga mengakui yang pasukannya mempunyai barisan pemain yang terlalu muda untuk saingan Liga Super.
Kemasukan Saddil mungkin dilihat dapat membantu skuad Warga Kota menguatkan barisan pemain memandangkan mereka tidak mempunyai bajet besar untuk membeli pemain baharu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram