JURGEN Klopp puas melihat Liverpool menewaskan Newcastle 2-1 hasil jaringan minit ke-98 selepas jengkel dengan sikap pemain Newcastle United yang membuang masa dalam aksi di Anfield pada Khamis.
Perlawanan itu menyaksikan Roberto Firmino meledak gol penyamaan untuk The Reds pada minit ke-61 dan kemenangan dilakar lagi menerusi pemain gantian, Fabio Carvalho.
Dalam aksi itu menyaksikan telatah Newcastle yang membuang masa sehingga menimbulkan kemarahan penonton Anfield.
Malah, Klopp turut berang melihat seorang demi seorang pemain lawan terbaring dan dilihat sengaja melambat-lambatkan permainan menuju 30 minit terakhir.
Fabio Carvalho (kiri) meraikan jaringan kemenangan Liverpool bersama Roberto Firmino ketika menumpaskan Newcastle United 2-1.
Lebih menarik, penyerang The Reds, Darwin Nunez dilihat kelihatan terjerit-jerit ke arah bangku simpanan Newcastle United selepas gol kedua Liverpool itu.
Didakwa Nunez juga menjerit f*** you” ke arah bangku simpanan pasukan lawan.
Susulan tindakan Nunez itu, Persatuan Bola Sepak Inggeris dikatakan sedang meneliti rakaman video tersebut dan jika didapati bersalah, pemain itu akan dilanjutkan hukuman gantung perlawanan.
Rakaman kelakuan Nunez itu.
Pemain Liverpool yang ditandatangani pada musim panas itu sedang menjalani perlawanan terakhir penggantungan tiga perlawanannya selepas dia menanduk pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen dalam keputusan seri 1-1.
Penyokong The Reds pastinya tidak suka akan perkhabaran itu dan rata-ratanya memberikan komen-komen mengecam tindakan badan induk itu.
“FA England memang bangsat suka sangat cari kesalahan Liverpool,” Mo Firdaus.
“Pelik-pelik saja, Masa ini kan dia penonton bukan pemain, tiada dalam senarai simpanan pun kan,” kata seorang lagi penyokong tegar Liverpool.
Kemenangan kedua musim ini membantu Reds melonjak ke tangga kelima liga, manakala Newcastle di kedudukan ke-12. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram