Penyokong Selangor buat hal lagi, kali ini 'chant' bantai pengadil


  • Podium
  • Khamis, 21 Jul 2022

Pemain KL City, Akram Mahinan (kanan) diasak pemain Selangor, Muhammad Fazly Mazlan ketika perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam Rabu. — Sinar Harian

GELAGAT penyokong setia Selangor FC, Ultras Selangor ataupun dikenali sebagai UltrasSel menjadi tumpuan sekali lagi apabila melaungkan nyanyian ataupun 'chanting' keramat mereka pada perlawanan derbi Lembah Klang, Selangor FC menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada Rabu.

Selalunya chant Ultras Selangor itu ditujukan untuk pemain Gergasi Merah, namun pada aksi berkenaan ia dilaung khusus untuk pengadil perlawanan kerana tindakannya melayangkan kad merah kepada Zikri Khalili pada minit ke-56.

Berikutan kad merah dan hadiah sepakan penalti kepada KL City, pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abd Wahab terus mendapat kecaman dan laungan chant yang berbunyi 'Oooo referee bab*, referee bab*, referee bab*, referee bab*' pada babak akhir perlawanan.

Rakaman video UltrasSel melaungkan nyanyian itu sempat dihantar oleh penyokong, Selangor FC, Aiman.D pada laman Twitter.

Rakaman video chant dilaungkan untuk pengadil perlawanan.

Sebelum ini, UltrasSel juga menghadiahkan nyanyian khusus buat pemain Gergasi Merah kerana tewas 0-2 menentang skuad Melaka United dan ia sebagai simbolik kekecewaan mereka terhadap prestasi pasukan itu yang kian merosot.

Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan pasukan Gergasi Merah terikat seri 1-1 kepada jiran mereka, Kl City FC dan sekaligus gagal mengutip tiga mata.

Kapten The Red Giants, Brendan Gan terlebih dulu meletakkan skuad kendalian Michael Feichtenbeiner di depan pada minit ke-37 untuk mendahului babak pertama.

Walaupun gagal menyempurnakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil, tetapi Romel Morales berjaya menebus kekecewaannya pada minit ke-68 dan menyamakan kedudukan sehingga wisel akhir berbunyi.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor menghuni tangga kelima dengan mengumpul 16 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 15 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram