Bangladesh seru lebih 300,000 ‘adik manis, baiya kacak’ gegarkan Bukit Jalil


  • Podium
  • Rabu, 08 Jun 2022

Pemain Bangladesh berlatih di Kuala Lumpur menjelang perlawanan menentang Bahrain petang ini. — Facebook/FAM

PEMAIN tengah pasukan kebangsaan Bangladesh, Atiqur Rahman Fahad menggesa rakan senegaranya yang tinggal di Malaysia untuk hadir dan memberi menyokong mereka dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 bermula Rabu.

Bangladesh dijadualkan akan menentang Bahrain dalam aksi pembuka tirai Kumpulan E pada Rabu sebelum menentang Turkmenistan (11 Jun) dan Malaysia (14 Jun).

Berdasarkan data rasmi terkini Kementerian Sumber Manusia pada April lepas, terdapat seramai 326,669 rakyat Bangladesh yang bermastautin di Malaysia.

"Kami tahu ada ramai warga Bangladesh di Malaysia. Stadium terbuka untuk semua menonton Kelayakan Piala Asia, jadi kami berharap saudara-saudara ekspatriat kami akan datang ke stadium dan menyokong kami," kata Atiqur Rahman selepas sesi latihan pada Ahad di Stadium Nasional Bukit Jalil.

tiba

Bangladesh merupakan pasukan terakhir Kumpulan E tiba di Kuala Lumpur. — Facebook FAM

Ketika sesi latihan, ketua jurulatih Bangladesh, Javier Cabrera dilihat cuba menyuntik gaya pertahanan rendah dan kembali menyerang lawan dengan pantas.

"Hari ini kami berlatih tentang bagaimana untuk mengekalkan pertahanan yang padat dan bekerja pada set-piece. Kami juga berlatih mencipta peluang menentang lawan. Jurulatih juga berusaha untuk membina serangan dan memanfaatkan peluang menentang Bahrain," ujar Atiqur Rahman menerusi satu kenyataan video yang dihantar oleh Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF).

Kenyataan BFF juga memaklumkan bahawa kira-kira 60,000 penonton akan dibenarkan menikmati perlawanan di Kuala Lumpur berikutan fleksibiliti sekatan Covid-19.

Penolong jurulatih, Masud Parvez Kaiser berkata, gabungan pemain dalam pasukan itu jauh lebih baik meskipun ketiadaan beberapa bintang utama.

"Gabungan pasukan dan kerja berpasukan kini lebih baik berbanding sebelum ini dan semua orang sedang menunggu keputusan yang lebih baik. Semua orang sudah bersedia untuk perlawanan itu," kata Kaiser sambil memaklumkan bahawa pasukan itu berlatih selaras dengan maklumat yang tersedia mengenai Bahrain.

"Bahrain adalah lawan yang kuat, lebih baik daripada Indonesia. Kami telah merangka latihan untuk pemain lelaki selepas menganalisis video perlawanan pasukan Bahrain. Saya rasa persiapannya bagus dan pemain sedang bersedia untuk perlawanan itu," katanya.

Selepas bertemu Bahrain pada Rabu, skuad kendalian Javier Cabrera itu akan melayan cabaran Turkmenistan (11 Jun) dan tuan rumah, Malaysia (14 Jun) di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memburu tiket pusingan akhir Piala Asia 2022. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram