Bintang import 'lama' kembali, dalam radar kelab gergasi tanah air?


  • Podium
  • Ahad, 05 Jun 2022

Skuad NSFC dilaporkan sedang mengintai khidmat seorang bekas pemain import yang pernah beraksi dalam saingan Liga M sebelum ini. — Facebook/Negeri Sembilan Football Club

SELEPAS mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam Liga Super, pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dikhabarkan akan memperkuatkan lagi bahagian tengah dengan mengambil seorang pemain import pada jendela perpindahan pemain kedua kali ini.

Difahamkan, pemain import yang sedang diintai skuad Jang Hobin ialah pemain yang berasal dari Palestin, Yashir Pinto.

Pinto sebelum ini beraksi bersama dengan pasukan Khon Kaen United di liga Thailand.

Kontraknya dilaporkan telah taman pada 1 Jun lalu dan dijangka akan kembali bermain di Malaysia.

Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab tempatan dalam liga domestik sejak 2016, bermula dengan kelab Melaka United selepas dipinjamkan dari kelab di Chile, Curico Unido.

23434782_2124843444409629_1175203615093920806_n

Yashir Pinto sewaktu beraksi bersama Perak pada 2017. — Facebook/Arena Seladang

Pinto kemudiannya telah menyarung jersi beberapa lagi pasukan dalam liga tempatan, antaranya Perak (2017) dan PKNP FC pada 2019.

Bersama Khon Kaen United sejak 2021, Pinto telah membuat 40 penampilan dan berjaya menjaringkan lapan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram