Ini 3 tonggak pertahanan Harimau Malaya disebut-sebut perlu beraksi menentang Bahrain


  • Podium
  • Khamis, 02 Jun 2022

Aksi pemain Harimau Malaya menentang Bahrain yang menyaksikan skuad negara tewas 0-2 dalam perlawanan pada Mei tahun lalu.

BERBAKI seminggu sahaja lagi, skuad Harimau Malaya bakal memulakan aksi dalam kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 menentang Turkmenistan pada 8 Jun depan.

Mungkin, aksi sulung menentang Turkmenistan mungkin tidak menjadi masalah buat skuad kendalian ketua jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Namun, perlawanan kedua menentang Bahrain pada 11 Jun dilihat menjadi ujian penting sekali gus merisaukan peminat, apatah lagi Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan itu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 29 Mei tahun lalu.

11590f5f99

Thailand tewas dalam perlawanan persahabatan bertemu Bahrain pada Selasa walaupun telah menurunkan skuad utama mereka.

Seorang penyokong Harimau Malaya, Muhamad Nur Izmi menyatakan, skuad negara harus berhati-hati menentang Bahrain berdasarkan pemerhatiannya terhadap pelawanan antara pasukan itu bersama Thailand baru-baru ini.

"Kalau dilihat perlawanan Thailand menentang Bahrain, memang skuad negara kena berhati-hati sebab Thailand yang hantar skuad utama pun susah nak tembus benteng pertahanan Bahrain.

"Ditambah pula dengan penjaga gol Bahrain yang kini sedang berada di kemuncak prestasi, memang sukar untuk menjaringkan gol.

"Thailand dapat gol pun menerusi sepakan penalti sahaja dan banyak cubaan open play gagal jaringkan gol," katanya.

Jelasnya lagi, Bahrain pula nampaknya memberi fokus yang lebih kepada hantaran lintang kerana dua gol dijaringkan menerusi hantaran lintang jauh.

Malaysia’s Shahrul Mohd Saad react after get the score during final match between Malaysia and Vietnam in the Aff Suzuki Cup 2018 at National Stadium, Bukit Jalil. FAIHAN GHANI/The Star.

Shahrul Saad (dua dari kanan) diperlukan dalam kesebelasan utama untuk mengekang kemaraan pemain Bahrain.

"Kim Pan-gon kena hati-hati dengan Bahrain. Pemain mereka pun bermain dengan agresif terhadap pemain lawan.

"Jadi gandingan Khuzaimi Piee, Shahrul Saad dan Dion Cools sangat diperlukan. Junior Eldstal dengan Dominic Tan mesti kena tinggal sahajalah dengan kelajuan mereka (Bahrain)," katanya.

Terdahulu, Bahrain menang ke atas Thailand dalam satu aksi persahabatan antarabangsa dengan kemenangan tipis 2-1 dalam perlawanan yang diadakan Leo Stadium, Bangkok, Thailand pada Selasa.

Dua gol Bahrain dijaringkan oleh Ibrahim Al Khatal dan Sayed Hashim Issa manakala gol tunggal Thailand pula dijaringkan Teerasil Dangda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram