Rindu Baddrol Bakhtiar masih bertaut, tersasul sebut Kedah


  • Podium
  • Rabu, 18 Mei 2022

Baddrol Bakhtiar tersalah sebut pasukan lamanya, KDA FC sewaktu temu bual dilakukan.

KERINDUAN Baddrol Bakhtiar terhadap pasukan lamanya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) nampaknya masih menggunung walaupun sudah tidak bersama pasukan itu.

Malah, dalam satu sesi temu bual bersama Baddrol selepas perlawanan menentang Penang FC pada Selasa, penyerang Sabah FC itu telah tersalah sebut nama pasukannya kini kepada Kedah.

Dalam perlawanan itu, pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan dua gol termasuk gol cantik 'overhead kick' untuk membantu Sabah FC menundukkan Penang FC dengan keputusan 4-2.

"Sasaran saya malam ini adalah untuk menjaringkan gol untuk dihadiahkan kepada anak dan isteri yang sanggup datang dan memberi kata-kata semangat kepada saya.

"Satu lagi matlamat saya pada malam ini adalah untuk menjaringkan gol dan memastikan Kedah, err Sabah, berada di kedudukan nombor dua," katanya.

WhatsApp Image 2022-05-18 at 12.36.18 PM

Baddrol sewaktu beraksi bersama pasukan KDA FC.

Untuk rekod, Sabah FC adalah pasukan kedua Baddrol selepas beraksi bersama Kedah sejak 2005.

Malah, penyokong KDA FC juga sehingga kini masih lagi merasakan kehilangan bekas kapten skuad Sang Kenari itu selepas dia memilih untuk berhijrah bersama The Rhinos.

Dalam pada itu, Sabah FC menang ke atas Penang FC dengan jumlah jaringan 4-2 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Selasa.

Nama Baddrol turut menjadi sebutan selepas menjaringkan gol overhead kick yang dianggap cukup berkualiti dan mampu dicalonkan ke anugerah Puskas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram