Piala FA: The Bos Gaurus dah ‘ready’ jika aksi berdepan Penang berlanjutan ‘extra time’


The Bos Gaurus sewaktu sesi latihan di Kompleks Bolasepak Perak, Chepor. — Facebook/Perak FC

PEMAIN Perak FC diingatkan supaya bijak memanfaatkan peluang masa ketika berdepan Penang FC bagi aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak Ipoh, Perak pada Sabtu.

Perkara itu ditegaskan kapten Perak FC, Muhammad Firdaus Saiyadi yang menyifatkan faktor tersebut memainkan peranan penting dalam usaha memastikan The Bos Gaurus dapat mempamerkan aksi terbaik di sepanjang perlawanan sekali gus mencuba sedaya upaya mencapai kemenangan.

“Bagi saya, kesemua pemain kini bersemangat untuk beraksi, tambahan pula masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas skuad Projek FAM-MSN tempoh hari.

“Bagaimanapun kali ini, pemain kena pandai main dengan masa...kerana dalam saingan Piala FA ini, perlawanan boleh sampai berlanjutan ke-120 minit dan ia memang berisiko tambahan pula dengan (kapasiti) pemain yang kita yang tak cukup ni kerana mungkin ada yang cedera.

“Apa pun faktor masa adalah paling penting untuk perlawanan kali ini... insya-ALLAH, kita akan cuba sehabis baik,” katanya pada Jumaat.

Mengenai persiapan kelab Liga Premier itu, Muhammad Firdaus berkata, setakat ini segala persiapan berjalan lancar apabila para pemain bersedia untuk mengharungi perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, Muhammad Firdaus tidak menafikan terdapat beberapa pemain yang masih belum cergas sepenuhnya dan mengalami kecederaan namun tidak begitu serius dan masih mampu beraksi dalam perlawanan.

“Setakat ini persiapan semuanya berjalan lancar, para pemain pun dalam keadaan baik. Cuma ada yang belum cergas dan ada kecederaan sikit selepas 'game' hari tu.

“Apa pun, semangat pemain dilihat memuncak ketika ini dan mereka begitu teruja untuk beraksi berdepan Penang FC,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Firdaus turut mengharapkan kehadiran para penonton ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Malah katanya, pemain ke-12 sudah pasti akan membantu menyemarakkan lagi semangat para pemain untuk beraksi seterusnya menghasilkan kejayaan buat pasukan.

“Diharapkan penyokong semua dapat hadir ke stadium untuk berikan semangat kepada pasukan kesayangan anda ini,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Firdaus turut mengharapkan kehadiran para penonton ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Malah katanya, pemain ke-12 sudah pasti akan membantu menyemarakkan lagi semangat para pemain untuk beraksi seterusnya menghasilkan kejayaan buat pasukan.

“Diharapkan penyokong semua dapat hadir ke stadium untuk berikan semangat kepada pasukan kesayangan anda ini,” katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan