Penyerang JDT pelengkap misi Harimau Muda di Kemboja


  • Podium
  • Ahad, 13 Feb 2022

SHAFI AZSWAD menggantikan Fahmi Daniel yang disahkan positif Covid-19. — Facebook

PENYERANG Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Shafi Azswad Sapari dipanggil bagi memperkukuhkan Skuad Bawah-23 tahun (B-23) di bawah kendalian Brad Maloney dalam Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja bermula dari 14 hingga 26 Februari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad, pemain berusia 21 tahun itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja pada Ahad.

"Shafi Azswad akan mula menyertai latihan bersama pasukan selepas memperoleh keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) setibanya di sana (Kemboja)," ujar kenyataan terbabit.

Dia akan menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang disahkan positif Covid-19 ketika menjalani ujian PCR selepas tiba di Kemboja pada Jumaat lalu.

Pada Rabu lalu, pemain dari Terengganu FC, Muhammad Safwan Mazlan turut terlepas peluang untuk mewakili negara selepas disahkan positif Covid-19.

Skuad kendalian Maloney akan memulakan saingan Kumpulan B Piala AFF B-23 menentang Myanmar pada Selasa ini dan Laos pada Jumaat di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja.

Harimau Muda dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk melepasi saingan Kumpulan B selepas Indonesia sah menarik diri daripada kejohanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram