
DALAM suasana ekonomi yang semakin mencabar, harga barang keperluan termasuk perabot rumah melonjak tinggi dari tahun ke tahun.
Apa yang dahulunya mudah dimiliki, kini memerlukan perancangan kewangan yang sangat teliti.
Namun di sebalik tekanan kos sara hidup, muncul satu solusi bijak dan penuh gaya iaitu menginovasikan barang lama menjadi baharu.
BACA LAGI: Warna biru, hijau beri ketenangan, 5 lagi elemen dekorasi pejabat kurangkan stres pekerja
BACA LAGI: Pokok kemboja cantik tapi akar rosakkan struktur bangunan? Arkitek landskap perjelas fakta sebenar
Konsep itu bukan sekadar langkah berjimat, malah menjadi trend baharu dalam dunia dekorasi dan gaya hidup.
Barang lama yang mungkin sudah berhabuk di stor, kini diberi peluang kedua untuk bersinar semula.
Almari kayu usang, meja makan lama, kerusi rotan antik semuanya boleh diubah suai menjadi perabot moden bergaya dan functional.
Barangan lama boleh dijadikan item dekorasi dengan nilai estetika tersendiri.
Dengan sedikit kreativiti, cat baharu, pemegang moden atau kemasan fabrik yang segar, sesuatu yang kelihatan lusuh boleh bertukar wajah seolah-olah dibeli dari butik hiasan dalaman eksklusif.
Kayu lama pula sering kali lebih berkualiti daripada bahan yang didapati hari ini, menjadikan barangan daripada material itu bukan sahaja cantik, tetapi tahan lama dan kukuh.
Melalui akaun Threads @foodsatisfactionbykc, seorang pengguna dikenali KC Home berkongsi satu transformasi menarik apabila almari lama peninggalan ibunya dari era 90-an diubah menjadi perabot yang lebih bergaya.
Almari lama peninggalan ibu dari era 90-an sebelum diberi nafas baharu.
Dalam perkongsiannya, KC Home yang juga seorang pereka hiasan dalaman menyatakan bahawa almari tersebut, meskipun sudah usang, tidak dibuang begitu sahaja.
Sebaliknya, dia bersama suami mengambil inisiatif untuk melakukan 'makeover' bagi mengubah almari tersebut menjadi lebih bergaya.
Langkah pertama melibatkan pembersihan menyeluruh, termasuk menyembur ubat anti-anai-anai dan membersihkan dengan tuala basah sebelum dijemur di bawah sinar matahari bagi memastikan kebersihan dan kesegaran.
KC Home mengambil inisiatif untuk melakukan 'makeover' secara teliti.
Selepas itu, laci-laci almari dibalut dengan kertas hiasan dinding kosong untuk mengelakkan bau kayu lama melekat pada pakaian yang disimpan.
KC Home turut menekankan bahawa kayu perabot lama memiliki kualiti yang baik dan tahan lama, menjadikannya pilihan yang bijak untuk dikitar semula.
Dari rupa asal yang usang, almari itu telah diberi nafas baharu dengan kemasan moden yang sangat elegan.
Bingkai kayu diwarnakan dengan rona hitam matte yang mewah.
Bingkai kayu yang asalnya kelabu diwarnakan dengan rona hitam matte yang mewah, manakala panel laci diperindah dengan kertas hiasan dinding bercorak anyaman rotan yang mencipta gabungan sempurna antara gaya retro dan kontemporari.
Pemilihan pemegang laci berwarna keemasan pula menambah elemen eksklusif yang melengkapi penampilan keseluruhan almari ini.
Susun atur dekorasi atas permukaan almari juga memperlihatkan cita rasa estetika yang tinggi gabungan cermin geometri berbingkai emas, susunan lilin dan dummy buku gaya hidup.
Pasu putih berisi dedaun hijau segar pula menyerlahkan elemen moden, natural serta sofistikated secara serentak.
Projek DIY membuktikan bahawa barangan lama boleh diberi nafas baharu.
Ia bukan sahaja praktikal, tetapi juga memperkayakan suasana ruang dengan gaya yang tenang dan mewah.
Projek DIY itu bukan sahaja membuktikan bahawa barangan lama boleh diberi nafas baharu, tetapi juga menjadi lambang kasih sayang dan penghargaan seorang anak terhadap kenangan keluarga.
KC Home juga berkongsi bahawa ibunya lebih menghargai usaha menghidupkan semula perabot lama berbanding membeli yang baharu, menganggapnya sebagai langkah yang menjimatkan dan bermakna.
Melalui pendekatan itu, KC Home bukan sahaja menunjukkan kreativiti dalam dekorasi rumah, tetapi juga menyampaikan mesej tentang pentingnya menghargai dan memelihara warisan keluarga.
Transformasi itu telah mendapat perhatian ramai di media sosial, menginspirasi orang lain untuk melihat potensi dalam perabot lama dan menghidupkannya semula dengan sentuhan peribadi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram