[VIDEO] 'Bestnya masih ada nenek', untung sesiapa yang masih berpeluang beraya di kampung halaman


  • Relaks
  • Isnin, 07 Apr 2025

Tangkap layar tular di media sosial memaparkan suasana rumah tradisional yang luas.

FENOMENA video suasana rumah nenek yang berkonsepkan tradisional semakin tular di media sosial sehingga mencetuskan rasa rindu dalam kalangan netizen terhadap kampung halaman masing-masing.

Rakaman yang memaparkan rumah kayu klasik dengan halaman luas dan persekitaran hijau menimbulkan kembali kenangan indah terutamanya saat menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung.

Bagi mereka yang membesar dengan nenek, rumah itu bukan sekadar tempat berteduh tetapi ia jadi tempat penuh kenangan. 

BACA LAGI: Alami perubahan fizikal lepas bersalin, 8 perkara ibu patut tahu, paling penting jangan panik

BACA LAGI: [VIDEO] Anak pilih influencer sebagai kerjaya, adakah ibu akan menentang atau beri dorongan?

Ada yang ingat aroma kayu basah sewaktu pagi, bunyi kipas siling perlahan sewaktu tidur dan suara nenek yang menjerit dari dapur menandakan perlunya balik sebelum Maghrib.

Suasana seperti itu semakin jarang ditemui, apatah lagi apabila banyak rumah lama di kampung telah diubah suai atau ditinggalkan. 

Di platform X (yang dahulu dikenali sebagai Twitter), ramai pengguna meluahkan kerinduan terhadap suasana tenang dan damai di rumah nenek.

“Kenangan ramai di rumah nenek itu memang tak boleh dilupakan,” tulis pengguna bernama Xhann.

Bagi warga maya, Anna Kuy, beraya di rumah nenek adalah sesuatu yang amat dirindui. 

“Memang sangat menyenangkan kalau Hari Raya boleh kumpul di rumah nenek,” katanya.

Kata-kata itu disokong oleh Ejaferdiansyah yang beranggapan bahawa rumah nenek lokasi terbaik untuk menyambut perayaan.

"Paling seronok sambut Hari Raya di rumah nenek," katanya. 

Seorang lagi pengguna, Abib Alhuda pula berasa bertuah bagi mereka yang masih berpeluang menyambut lebaran bersama insan tersayang itu. 

Best ya yang masih ada nenek,” katanya.

Manakala, pengguna lain, Nabastajla mulai rindu dengan neneknya selepas melihat rakaman suasana rumah nenek tular di media sosial. 

"Jadi rindu dengan nenekku," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram