
TIDAK hanya sekadar anugerah perfileman, Anugerah Akademi (Oscars) menjadi pentas besar bagi selebriti-selebriti setiap tahun untuk mempamerkan fesyen mereka di karpet merah sekali gus mencipta keterujaan dalam kalangan peminat industri filem termasuklah penggemar fesyen.
Malam penuh glamour itu bukan sahaja menyaksikan kejayaan industri perfileman, tetapi juga mengangkat fesyen ke tahap yang lebih tinggi dengan selebriti-selebriti memakai pelbagai rekaan oleh jenama-jenama besar dalam industri fesyen.
Tahun 2025 tidak terkecuali, dengan beberapa bintang terkenal berjaya mencuri perhatian menerusi busana yang disarung mereka.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Berikut adalah lima rekaan busana yang mencuri tumpuan peminat:
1. Ariana Grande
Ariana Grande — Getty Images
Ariana Grande mencuri perhatian di karpet merah anugerah berprestij tersebut dengan busana menawan yang menggabungkan elemen avant-garde dan klasik rekaan Schiaparelli.
Gaun strapless berwarna pastel ini menampilkan korset dengan potongan berlekuk unik di bahagian pinggang, seolah-olah bunga yang mekar.
Gaya minimalis penyanyi One Last Time itu dilengkapi dengan rantai berlian halus menjadikan keseluruhan penampilannya tampak elegan.
2. Selena Gomez
Selena Gomez — Getty Images
Selena Gomez tampil memukau di karpet merah Oscars 2025 dengan gaun elegan berwarna 'nude' disulam dengan kristal berkilauan.
Gaun rekaan Ralph Lauren itu menampilkan potongan off-shoulder dilengkapi dengan rantai berlian.
3. Tan Sri Michelle Yeoh
Tan Sri Michelle Yeoh — Getty Images
Pelakon tanah air, Tan Sri Michelle Yeoh tampil dengan gaun berwarna royal blue tanpa lengan yang direka menggunakan fabrik satin.
Busana daripada koleksi couture terbaharu daripada Balenciaga itu mempamerkan perincian draping halus serta ekor panjang menjadikannya lebih anggun.
Gaya minimalis itu turut dilengkapi dengan aksesori berlian minimalis.
4. Lisa Blackpink
Lisa Blackpink — Getty Images
Tampil dengan gaya maskulin yang penuh keanggunan, anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban mengenakan sut hitam klasik dengan gabungan gaun yang direka oleh pereka fesyen, Markgong.
Dengan aksesori minimalis, bunga merah yang memberi kontras melengkapkan kesuluruhan penampilannya.
5. Halle Berry
Halle Berry — Getty Images
Halle Berry mencuri perhatian melalui busana berkilauan yang direka dengan serpihan kaca cermin berbentuk mozek. Potongan duyung menambah lagi sentuhan glamour yang menawan.
Lebih menarik, rekaan yang dihasilkan oleh pereka fesyen, Christian Siriano itu diperbuat daripada 7,000 kristal cermin.
Dengan aksesori minimalis yang melengkapi penampilannya, Halle tampil bak karya seni hidup, menggabungkan unsur avant-garde dengan keanggunan klasik di pentas anugerah yang penuh gemerlapan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram