[VIDEO] Sekali-sekala 'staycation' menenangkan fikiran, merehatkan badan lesu selepas sibuk bekerja


  • Relaks
  • Sabtu, 01 Feb 2025

Park Inn by Radisson Putrajaya menyediakan 220 bilik untuk tetamu bermalam melepaskan lelah.

HARI ini menyaksikan ramai individu mencari lokasi ideal untuk staycation. Ia merupakan aktiviti persinggahan jangka masa pendek untuk berehat dan tidur di kamar hotel demi melepaskan lelah selepas sibuk dengan rutin seminggu.

Oleh itu, salah satu penginapan menarik ialah Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang, Selangor.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berlarilah dengan senyuman', sakit kanser tahap 4 tidak halang Cikgu E sertai maraton, syukur miliki anak isteri penguat semangat

BACA LAGI: [VIDEO] Duduk Sweden pun tak lekang loghat Terengganu, rakyat Malaysia tabik legasi Pantai Timur tak lupa asal usul

16256-124806-f79747151_4k

Lokasi Park Inn by Radisson Putrajaya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit ke KLIA.

Lokasinya tidak jauh dari ibu kota pintar Putrajaya dan mengambil lebih kurang 30 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. Sesuailah untuk mereka yang baru mendarat dan mengalami gangguan ritma harian. Perkhidmatan kenderaan untuk pengambilan penumpang dari KLIA ke hotel juga disediakan.

Malah, premis tersebut juga tidak jauh dari IOI Putrajaya untuk singgah makan ataupun aktiviti membeli-belah.

16256-124806-f79747299_4k

Superior antara jenis bilik terdapat di Park Inn by Radisson Putrajaya.

Tersedia sebanyak 220 bilik dengan pecahan jenis bilik daripada standard, superior, deluxe dan junior suite bersama katil saiz king. Ia ideal untuk pasangan yang menginap bersama seorang anak berusia 1 hingga 12 tahun.

Ruangan bilik menampilkan gaya dan kemudahan moden seperti perkhidmatan bilik 24 jam dan TV LED 40 inci, bersih dan selesa. Bertambah menarik, kemudahan tempat letak kenderaan dalam jumlah yang banyak dan percuma.

Pun demikian, pelanggan yang hanya hadir berpasangan, usah khuatir Park Inn by Radisson Putrajaya turut menyediakan katil twin (dua katil single) bilik jenis superior dan deluxe termasuk bilik single.

Selain itu, terdapat juga kolam renang dan kemudahan gimnasium bagi mereka yang ingin beriadah sepanjang menginap di sana.

16256-124806-f79747293_4k

Suasana kolam renang pada waktu malam dan eksklusif.

Seandainya memilih untuk menjamu selera hotel berkenaan menyediakan restoran RGB Bar & Grill terletak bersebelahan lobi yang turut menempatkan ruang makan bahagian luar.

16256-124806-f79747295_4k

RGB Bar & Grill menerapkan susunan ala kafeteria.

Kesimpulannya selain tidur lena, hotel berkenaan juga memberi peluang buat para tetamu beriadah dan merehatkan minda sebelum kembali aktif memulakan hari dan minggu baharu. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Park Inn by Radisson Putrajaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram