Pelakon veteran Lan Zailan meninggal dunia pada usia 66 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22


  • Hiburan
  • Khamis, 19 Dis 2024

Lan Zailan kini sudah tiada.

PELAKON veteran, Lan Zailan sudah meninggal dunia pada usia 66 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur sekitar 4.20 pagi Khamis.

Lan meninggal dunia akibat mengalami kanser pankreas tahap empat dan berita itu disahkan oleh isterinya, Ruby Sara Omar, 51, yang berada di sisi pelakon itu bersama anak-anak sewaktu dia menghebuskan nafas terakhir.

Jenazahnya dimandikan sekitar 8 pagi dan akan disolatkan di Masjid As Salam, Puchong Perdana, Selangor untuk disembahyangkan.

BACA LAGI: Pelakon Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4, doktor sahkan cuma mampu bertahan 3 bulan

BACA LAGI: Peserta hampir menang RM1 juta, Roda Impian antara rancangan TV 'game show' popular era 90an

Jenazah Lan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

Lan atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin dimasukkan ke PPUM sejak 27 November lalu dengan dia menjalani rawatan untuk kansernya itu sejak daripada tempoh tersebut.

Namun begitu, doktor yang merawat Lan mengatakan pelakon itu cuma mampu bertahan selama tiga bulan kerana kanser itu sudah merebak ke paru-paru dan hati. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram