Niat asal nak menang jam tangan, penjawat awam terima durian runtuh dapat kepingan emas sempena ulang tahun Majoriti


  • Massa
  • Selasa, 17 Dis 2024

Nur Arif memenangi jongkong emas menerusi peraduan Ulang Tahun Majoriti pada Selasa.

"SAYA mulanya sasar nak menangi hadiah jam tangan, sekali (tak sangka) menang emas".

Demikian luahan gembira Nur Arif Nor Asikin, 27, usai memenangi hadiah kepingan emas sempena peraduan ulang tahun Majoriti yang ke-3 pada Selasa.

Merupakan salah seorang pembaca tegar Majoriti, Arif pada mulanya tidak menyangka namanya tersenarai sebagai pemenang walaupun ia bukanlah hadiah utama.

Pemuda berasal dari Teluk Intan, Perak itu yang pada mulanya menyasarkan hadiah jam tangan mewah, cukup berpuas hati apabila memenangi kepingan emas tersebut yang menurutnya lebih berharga.

BACA LAGI: Jom sertai peraduan sempena ulang tahun Majoriti dan Majoriti 7, rebut hadiah pakej percutian ke pulau, kepingan emas!

BACA LAGI: Era hero jadi 'villain', Captain America antara adiwira bakal muncul sebagai penjahat Marvel

"Waktu mula-mula sertai peraduan ini, saya aim nak menangi jam tangan, tapi tak sangka dapat hadiah emas pula. Alhamdulillah, bagi saya rezeki juga sebab mungkin nilai harganya pun hampir sama.

"Bukan senang nak menangi emas, lagi-lagi percuma pula tu, saya tak berapa tahu sangat tentang nilai emas sekarang tapi ada dengar yang ramai yang mengumpul emas ini.

"Ini emas pertama saya, mungkin akan mula kumpul emas untuk simpanan masa akan datang insya-ALLAH, terima kasih Majoriti," katanya kepada Majoriti.

6271778594904718988

Nur Arif merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Sementara itu, penjawat awam yang berkhidmat di Arkib Negara Malaysia itu seolah-olah tidak percaya bahawa peraduan yang menjanjikan hadiah sedemikian benar-benar wujud.

Dia yang menganggap kebanyakan peraduan sedemikian sekadar hanya menabur 'janji manis' daripada pihak tertentu, namun berubah pendirian apabila penyertaan kali pertamanya membuahkan hasil.

"Sebelum ni memang tak percaya sangat dengan peraduan menang hadiah sebegini, tapi saja cuba kali ni sebab dah lama baca Majoriti.

"Lagipun tak payah keluarkan duit apa pun, cuma jawab soalan dan rezeki menang, siap dapat emas pula tu.

"Jarang ada portal berita yang buat macam ni, kalau ada pun banyak sangat syarat diletakkan, lepas ni kalau ada lagi saya nak cuba lagi, mana tau menang rumah ke apa pula nanti kan," katanya.

Terdahulu, orang ramai berpeluang memenangi hadiah utama berupa penginapan 3 hari 2 malam di Casa Del Mar, Langkawi sempena peraduan ulang tahun Majoriti.

Hadiah kedua dan ketiga juga tidak kurang menarik, dengan penginapan 3H2M di sebuah resort mewah di Pulau Tioman dan penginapan 3H2M di sebuah hotel butik di Melaka.

Selain itu, jam tangan Braun Buffel, beg galas American Tourister, wangian mewah seperti Carolina Herrera, Paco Rabanne, Nina Ricci serta jongkong emas turut tersedia buat pemenang bertuah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram