JAGUH gusti negara, Ayez Shaukat Fonseka berasakan dirinya kini mampu berdiri sama tinggi dengan artis popular negara, Yuna selepas berjaya melebarkan sayap di Amerika Syarikat.
Dalam satu hantaran di Facebook, Shaukat meluahkan rasa bersyukur apabila mampu mengikut jejak Yuna untuk menembusi pasaran antarabangsa.
"Alhamdulillah, sebagai seorang anak seni walaupun lambat saya berjaya tembus market global menerusi platform saya iaitu pro wrestling," tulisnya.
Ahli gusti profesional yang berkecimpung dalam sukan tersebut sejak lebih 10 tahun itu turut menyenaraikan beberapa persamaan dirinya dengan pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zara’ai.
"Walaupun dikecam majoriti rakyat Malaysia sendiri atas sebab-sebab tertentu, kami berdua berjaya ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang masing-masing," katanya.
BACA LAGI: Irfan Harris rindu puasa PKP, gembira masih dapat jadi imam solat tarawih bersama keluarga
Shaukat turut berbangga atas kejayaan hasil titik peluhnya tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan atau negara.
"Saya tak pernah sesekali merungut kalau tiada bantuan. Kalau dah tidak mahu bantu lantaklah tidak boleh buat apa.
"Prinsip saya kalau nak capai sesuatu kita kena usaha sendiri," tulisnya.
Shaukat yang juga salah seorang ahli gusti APAC Wrestling turut menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak terkesan dengan sebarang kecaman yang disemburkan kepadanya.
"Sebab memang takat takuk itu sahaja mentaliti orang yang kaki kecam ini, kesian.. Berilah mereka peluang mahu luahkan perasaan untuk nampak hebat di media sosial.
"Dan kami akan teruskan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang tersendiri," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram