HOBI merupakan aktiviti yang dapat memberikan keseronokkan kepada diri sendiri tidak mengira sama ada emosi mahupun kewangan.
Kebiasaannya, hobi dilakukan pada waktu lapang. Aktiviti tidak mengira sama ada melibatkan kreativiti mahupun fizikal tetap akan menjadi kegilaan.
Hobi juga dapat membantu untuk lebih fokus, dan menghiburkan selain mengurangkan tekanan.
Dalam pada itu terdapat beberapa jenis hobi yang boleh membantu meningkatkan ketajaman otak atau pemikiran seseorang.
Berikut Majoriti senaraikan lima jenis hobi yang dipercayai dapat membantu untuk meningkatkan tahap ketajaman pemikiran.
Bercuti
Apabila disebutkan bercuti, minda pasti akan memikirkan tentang keseronokan melancong ke luar negara.
Namun, terdapat banyak lokasi menarik dalam negeri yang boleh dilawati. Tidak mengira sama ada kawasan bandar atau desa, setiap daripada mempunyai tarikan tersendiri.
Bagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika ingin melancong ke negara orang kerana dapat menimba pengalaman tentang budaya, bahasa dan gaya hidup di sesebuah tempat.
Bermain muzik
Belajar bermain alat muzik dapat membantu untuk melatih minda agar lebih kreatif. Ini kerana kemahiran bermain alat muzik agak kompleks dan bukan semua mampu melakukannya.
Bukan sahaja baik untuk pemikiran, bermain alat muzik juga dapat menyerlahkan emosi dan menguatkan daya ingatan.
Membaca
Segelintir berpendapat hobi membaca ini satu aktiviti ketinggalan zaman dan hanya sesuai dilakukan oleh kanak-kanak atau remaja.
Tanggapan itu bagaimanapun meleset. Hobi membaca tidak mengira usia sama ada muda atau dewasa.
Membaca dapat memberi pelbagai manfaat dan menjadi jambatan ilmu sekali gus merancakkan pemikiran dan membuka perspektif baharu.
Membaca dapat membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, dan lebih fokus.
Bersukan
Melakukan aktiviti fizikal antara salah satu cara untuk mengeluarkan peluh dan baik untuk kesihatan.
Bersukan juga mempunyai manfaat untuk menguatkan pemikiran dan emosi. Melakukan aktiviti senaman secara teratur dapat meningkatkan kandungan protein di otak dan menjadikan seseorang lebih fokus.
Kadar fokus akan lebih meningkat dan bersukan juga mampu mendorong untuk berfikir dengan lebih jelas.
Menulis
Meluahkan perasaan, perancangan, idea atau impian di dalam sebuah buku dalam meningkatkan kadar motivasi seseorang.
Perbuatan ini juga dikatakan mampu membuatkan individu terbabit kelihatan lebih sistematik dan penguruskan aktiviti harian dengan teratur.
Hobi turut mendorong pemikiran untuk menjadi lebih serius dan meningkatkan kecerdasan minda, emosi dan intelektual.
Menulis akan membuatkan seseorang berfikir dan melakukan dua kerja serentak dalam satu masa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram