Bad, Ashira umum cerai secara mengejut, tapi tetap berkawan


  • Hiburan
  • Khamis, 23 Jun 2022

BAD dan Ashira mengesahkan mereka sudah bercerai tetapi masih berkawan seperti biasa.

PASANGAN penyanyi, Ashira Aziz dan Bad Indigo tampil dengan satu pengumuman yang mengejutkan ramai apabila kedua-duanya memberitahu sudah tidak bersama lagi.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pasangan berkenaan menerusi satu perkongsian video di akaun Instagram milik Ashira dan Bad.

"Kami dah capai persetujuan bersama. Jadi, kami tadi dah sah berpisah, tetapi kita orang (kami) akan tetap berkawan.

"Memang kita nak berkawan sampai bila-bila. Kita orang tetap baik," kata Bad.

Dalam pada itu, Ashira pula mengakui tiada masalah yang berlaku antara mereka berdua dan enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka.

Malah, Ashira menyatakan agar pihak media agar tidak menghubungi mereka untuk bertanyakan lebih lanjut dan hanya pihak keluarga sahaja yang mengetahuinya.

"Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita. Dengan siapa kita kenal,dengan siapa kita berkawan,bila kita jumpa jodoh,bila ajal kita tiba.

"Jadi, usah risau akan perjalanan hidupmu. Kita hanya merancang. Tetapi, ALLAH sebaik baik perancang,” tulisnya.

Untuk rekod, Bad dan Ashira berkahwin pada 11 Mac 2021 selepas berkenalan dan mula menjalinkan hubungan ketika menyertai program Gegar Vaganza pada 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram