Jangan tanya saya lagi pasal Sharnaaz — Shila Amzah


  • Hiburan
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Shila Amzah mengakui dia dan Sharnaaz Ahmad sudah melupakan kisah cinta lama mereka.

KENYATAAN penyanyi, Shila Amzah mengenai hubungannya sebelum ini dengan Sharnaaz Ahmad nampaknya telah membuatkan sesetengah warganet tidak berpuas hati.

Sebelum ini, Shila pernah mengulas mengenai hubungannya dengan Sharnaaz dan memberitahu yang dia telah berada dalam perjalanan itu serta tidak suka dengan pengakhirannya.

Kenyataan itu begitupun mengundang rasa tidak puas hati sesetengah warganet hingga penyanyi itu terpaksa tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

WhatsApp Image 2022-06-04 at 8.38.33 PM

Shila Amzah mengakui berharap tiada lagi mesej berbaur kecaman dihantar kepadanya.

"Soalan yang ditanya kepada Sha ialah apa yang saya rasa (kembali bercinta dengan Sharnaaz), maksud saya ialah selepas apa yang terjadi, semua yang kita dah lalui, saya dan Sharnaaz nak mencari seseorang yang lebih baik dalam hidup.

"Kami pun dah moved on. Saya rasa kalau peminat nak mendoakan pun doakan masing-masing punya kebahagiaan. Tak bermakna perkara yang dah berlaku pada masa lalu, kena berlaku untuk masa sekarang juga kan.

"Jadi saya harap video ini dapat menjelaskan segala benda," katanya.

Menurut Shila, dia juga berharap supaya tiada lagi yang akan menghantar kepadanya mesej berbaur kecaman disebabkan kenyataannya itu.

Tambahnya, dia juga berharap supaya soalan yang sama tidak ditanya lagi selepas ini untuk mengelak salah faham berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram