
PENJUALAN album solo ahli Kumpulan Blackpink, Lisa berjudul Lalisa dilaporkan mencatatkan penjualan yang tinggi apabila ia dilancarkan pada awal bulan lalu.
Apa yang menariknya, Lisa tidak memanfaatkan kejayaan itu buat dirinya semata-mata kerana dia membuat keputusan untuk menyalurkan seluruh keuntungan penjualan album itu kepada bidang pendidikan.
Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea berkata, penyanyi itu telah menyatakan hasratnya menjalinkan kerjasama dalam program kebajikan untuk membangunkan sekolah di kampung halamannya di Thailand.
Perkata ini turut dikongsikan oleh Lisa sendiri menerusi sebuah program sosial yang dianjurkan oleh salah sebuah pertubuhan di Provinsi Buriram, Thailand.
"Saya ingin melihat kanak-kanak mendapat pendidikan terbaik agar mereka boleh mengejar impian tanpa sebarang halangan.
"Saya mahu beri lebih banyak galakan kepada semua kanak-kanak agar mereka terus kejar impian masing-masing," katanya.
Difahamkan, program kerjasama itu tidak hanya melibatkan Yayasan dari Korea Selatan itu sahaja, tetapi syarikat label kumpulan Blackpink, YG Entertainment turut bersama-sama menjayakan perancangan itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram