MASALAH banjir di Perak nampaknya masih tiada penghujung apabila seramai 150 orang penduduk di tiga daerah di Perak terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan itu dinaiki air pada sejak Khamis malam.
Kejadian itu sekali gus menimbulkan kemarahan penduduk yang sudah letih untuk menghadapi situasi sama setiap tahun.
Pada 2023, isu banjir kilat yang berterusan di Perak dikatakan berpunca daripada aktiviti pertanian berhampiran dan masalah infrastruktur lain.
BACA LAGI: Enjin mati, penunggang motor terpaksa redah banjir di lebuh raya PLUS Ipoh
Penduduk pada waktu itu juga kerap menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan kerana tidak tahan lagi menghadapi isu berkenaan saban tahun tanpa sebarang penyelesaian.
Terbaharu, luahan sama diutarakan rata-rata penduduk Perak yang rumahnya dinaiki air.
"Kampung Jelapang Jaya, Simpang Perak setiap tahun masalah sama, banjir, banjir, banjir!.
"Bangun pagi nak bancuh air, dalam dapur dah penuh 'teh tarik' (air bah), harap ketua kampung dan orang yang dipangkah jemput datang rumah bawa roti, teh tarik, saya dah sediakan kat dapur," luah pengguna Facebook En Alan Izzue.
"Ada juga yang berulang masalah sama tanpa ada penyelesaian daripada pihak pemaju dan pihak berwajib," komen Ameerah Perak.
Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan daerah Larut Matang dan Selama, Perak mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 78 orang daripada 30 keluarga dari Kampung Dato' Sagor, Kampung Senduk Seberang, Kampung Batu 8, Kampung Temerlok dan Kampung Nibong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram