'Apa penyelesaiannya isu ini', ada tak yakin langkah papar statistik harian boleh kurangkan kadar kemalangan maut


  • Massa
  • Rabu, 06 Mac 2024

Secara purata, seramai 18 orang maut setiap hari akibat kemalangan di jalan raya pada tahun lalu. — Gambar hiasan

DI Malaysia, kadar kematian akibat kemalangan jalan raya disifatkan masih berada di tahap yang membimbangkan sejak beberapa tahun lalu.

Pada Rabu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, secara purata, seramai 18 orang maut setiap hari akibat kemalangan di jalan raya pada tahun lalu.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat kemalangan jalan raya pada 2023 adalah sebanyak 6,443 kematian.

Susulan daripada itu, Loke pada Rabu berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan akan bekerjasama dengan polis untuk mengeluarkan statistik kematian kemalangan jalan raya secara harian.

Ujarnya, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan lagi usaha mempukuk kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya di dalam negara.

“Semasa pandemik, data kematian dikeluarkan setiap hari.

"Kami ingin memberitahu rakyat bahawa kemalangan jalan raya adalah sama berbahaya seperti pandemik," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Rabu.

Menurut Loke, pengumuman mengenai statistik itu berkemungkinan akan dilaksanakan di platform yang serupa seperti laman web CovidNow, yang berkongsikan data harian berkenaan penularan wabak berkenaan.

BACA LAGI : Mat Pakistan tunggang motor tanpa lesen, cari gaduh lepas langgar perempuan di Bangi

PUTRAJAYA, 30 Jan -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada sidang media sempena Majlis Memeterai Perjanjian Bagi Pajakan dan Pembangunan Hotel Grand Majestic hari ini.-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

BACA LAGI : Padah cabul kehormatan wanita di pasar raya, pekerja warga asing menggigil minta maaf

Dalam pada itu, cadangan tersebut dilihat turut mendapat sokongan daripada orang ramai dengan ada antaranya turut memberikan cadangan tambahan berhubung langkah berkenaan.

"Paparkan data tersebut di semua jalan raya dan lebuh raya," kata Alfred Lee.

Pada masa sama terdapat juga warganet yang berpandangan bahawa langkah tersebut semata-mata disifatkan tidak mencukupi sekiranya kerajaan benar-benar serius mahu menangani isu tersebut.

Malah, mereka turut berpendapat kerajaan seharusnya memberikan tumpuan terus terhadap punca menyebabkan kadar kematian jalan raya terus berada di tahap membimbangkan.

"Banyak puncanya kita boleh senaraikan. Keadaan jalan, pemandu mabuk, penguatkuasaan bermusim, lesen terbang dan warga asing memandu tanpa lesen.

"Tapi apa penyelesaiannya terhadap isu ini?" soal Ahmad Shaharuddin Mukhtarruddin.

Pada masa sama, warganet turut meminta supaya data yang dikongsikan itu lebih terperinci bagi membolehkan semua pihak bekerjasama menangani masalah berkenaan

"Data itu ramai di kawasan bandar atau luar bandar? Jika di kawasan bandar, apa kaedah dan tindakan untuk mengatasi jumlah kemalangan yang membawa kematian terlalu ramai itu?

"Jika di kawasan luar bandar, apa kaedah dan tindakan yang hendak dilakukan oleh pihak kementerian? Meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan awam? Meningkatkan kemudahan pengangkutan awam?," ujar Aminah Ariff. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram