[VIDEO] 'Laluan RIFD menyusahkan!', pemandu gesa KKR tambah baik sistem, buka lebih banyak lorong


  • Massa
  • Isnin, 15 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan hanya satu laluan RFID yang dibuka dipercayai di Plaza Tol Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

PELAKSANAAN sistem pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sememangnya sudah sudah diaktifkan di kebanyakan Plaza Tol Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang sejak 15 Januari 2022 lagi.

Namun, sistem RFID itu didakwa semakin tidak efisien terutama apabila sudah memasuki tahun baharu, 2024.

Ia selepas seorang pengguna Twitter (X) @adzman86 meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap satu laluan yang hanya dibuka untuk RFID dipercayai di Plaza Tol Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

BACA LAGI : RFID ada kaitan dengan kepentingan politik?

Lebih membangkitkan kemarahannya apabila lorong tersebut menjadi sesak dan terpaksa menunggu lebih lama.

"Dah boleh buat Request For Proposal (RFP) kot bagi syarikat lain bawa sistem lebih cekap? PLUS pun apa cerdik sangat dah la satu lorong je kau letak belah (di) tengah," dakwanya.

Dakwanya, Kementerian Kerja Raya perlu memberi perhatian bagi menyelesaikan isu tersebut dan mengelakkannya menjadi lebih teruk.

"Mohon perhatian Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Isu RFID ini makin kritikal," dakwanya lagi.

Manakala, seorang lagi warga maya yang merupakan pengguna sistem berkenaan turut tidak terkecuali meluahkan rasa sama terhadap masalah itu.

"Padahal yang memantau di atas tu ada sahaja, perlu ditambah baik," komen @mohdazfisha.

Malah ada juga cadangan agar lorong RFID diletakkan di bahagian paling kiri tol supaya mengelakkan berlakunya kesesakan jika berlaku sebarang masalah.

Tetapi seperti sedia maklum, lorong paling kiri dikhaskan untuk kenderaan berat dan besar seperti lori dan treler, dengan tujuan tidak menjejaskan kelancaran trafik di plaza tol.

Setakat ini belum ada kenyataan dikeluarkan pihak KKR berhubung dakwaan tersebut.

Selain RFID, pemandu juga mempunyai pilihan untuk menggunakan lorong sentuhan kad Touch 'N' Go serta SmartTAG selepas kaedah pembayaran tunai dimansuhkan sejak sekian lamannya.

Malah kebanyakan lebuh raya terutamanya di sekitar Lembah Klang juga sudah memula menggunakan satu lagi kaedah iaitu Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) yang membolehkan pemandu memakai kad debit atau kredit sebagai kaedah pembayaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram