Dua padang 'last minute' Piala Malaysia jika SBNJ tak siap 'on time'


  • Podium
  • Khamis, 07 Dis 2023

Keadaan terkini Stadium Nasional Bukit Jalil yang membimbangkan penyokong. — Agensi

PERSEDIAAN menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Terengganu FC semakin membimbangkan.

Di saat kedua-dua pasukan giat melakukan persiapan sebelum aksi penting pada Jumaat, penganjur lokasi perlawanan sedang mengalami masalah besar.

Hal ini kerana, rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur masih lagi tidak berada dalam keadaan terbaik atau ‘cergas’ sepenuhnya.

Imej terkini keadaan rumput di Bukit Jalil dilihat masih lagi teruk dan tidak menepati sebagai piawai untuk menganjurkan perlawanan bola sepak, apatah lagi aksi akhir.

Perkara itu sememangnya memalukan kerana JDT dan Terengganu barang kali sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi tetapi tidak bagi Bukit Jalil. Mereka seolah-olah tidak bersedia untuk menganjurkan perlawanan tersebut.

Situasi membimbangkan itu nyata menimbulkan kecaman hebat para penyokong baik daripada JDT, Terengganu atau bola sepak Malaysia secara umum.

408721128_758735369629533_6400019543686283869_n

Kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil begitu teruk walaupun perlawanan akhir diadakan pada Jumaat. — Agensi

‘Tembakan’ padu disasarkan kepada Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac kerana kegagalnya menguruskan situasi tersebut.

“Macam padang awam untuk kejohanan bola sepak belia Felda,” kata penyokong bernama Jaiyen di X (Twitter).

“Padang taman rumah aku lagi lawa,” ujar Raja Zaheed.

“PSM ni aku syak staf-staf dia semua masuk pakai kabel lah. Masa Tunku Mahkota Johor (TMJ) serah padang ni elok je rupanya sebab yg jaga tu orang lain. Bila bagi balik kat PSM terus jadi karut. Tak kompeten langsung. Dulu buat perangai cedok air hujan guna penyodok sampah,” bidas penyokong dikenali Katjang Goering.

Memandangkan situasi rumput Bukit Jalil dilihat tidak akan bertambah baik dalam masa singkat. Mungkin penyelesaian segera perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.

Pihak Malaysian Football League (MFL) boleh mengambil jalan dengan mengadakan perlawanan akhir di lokasi alternatif yang pastinya mempunyai kualiti rumput lebih baik.

Dua lokasi tersebut adalah Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Kedua-dua gelanggang ini terbukti sebagai antara stadium terbaik di Malaysia kerana kualiti rumput yang dijaga dengan baik sepanjang musim.

Pilihan di tangan MFL, jika perlawanan tetap diadakan di Bukit Jalil, diharap semuanya akan berjalan lancar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram