Tak jadi ke Sabah dan JDT, giliran skuad Jang patut cuba nasib sambar 'sayap' Kelantan FC


  • Podium
  • Rabu, 24 Mei 2023

Cifu mencetak satu gol pada minit terakhir permainan menentang PDRM FC. — Facebook/ TRW

SKUAD Kelantan FC terus menampilkan prestasi merundum apabila kekalahan demi kekalahan Liga Super 2023 berlangsung.

Detik kekalahan yang bermula menjadi punca kepada masalah dalaman iaitu membabitkan antara barisan pemain The Red Warriors (TRW) dan pihak pengurusan kelab itu merupakan faktor tercetusnya isu gaji dan jurulatih pasukan itu.

Prestasi yang dibawakan oleh pengendali Frank Bernhardt itu boleh dianggap sangat teruk selepas 'konsisten' mencipta kekalahan selepas mengharungi lima perlawanan.

cifuu

Aksi persembahan Cifu yang menarik perhatian penyokong skuad Jang. Facebook/ TRW

Berikutan masalah dalaman tersebut, antara pemain yang berkemungkinan akan angkat kaki ialah Miguel Cifuentes atau lebih dikenali sebagai Cifu yang baru sahaja hadir ke kancah bola sepak negara dengan menyertai Kelantan FC pada musim lepas.

Sebelum ini, pemain import Kelantan itu pernah dikaitkan dengan perpindahan ke skuad Johor Darul Takzim (JDT) kerana prestasi cemerlang yang ditampilkan ketika bersama TRW sebagai salah seorang tonggak utama pasukan itu.

Selain itu, khidmat pemain berusia 32 tahun itu turut ditagih oleh Sabah FC yang ingin memiliki pemain sayap itu dalam membantu jentera serangan skuad tersebut.

Namun begitu, penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak ketinggalan juga untuk mendapatkan khidmat pemain itu dalam membantu skuad Jang.

Penyokong skuad Jang, Angah Isak berkata, Cifu perlu dibawa masuk ke skuad NSFC berikutan terdapat dua orang pemain pasukan itu tidak beraksi dengan cemerlang antaranya Herold Mark Goulan dan Anselmo Arruda da Silva atau dikenali Casagrande.

Hal ini kerana, Goulan yang beraksi sebagai pemain pertahanan NSFC itu terpaksa berehat dalam tempoh masa yang panjang susulan tahap kesihatannya semakin merosot.

Di samping itu, dalam sembilan penampilan Liga Super, Casagrande hanya mencetak tiga gol dan dua hantaran jaringan selain menampilkan prestasi yang dilihat kurang memukau para penyokong apabila sekadar membantu skuad Jang berada pada tangga ke tujuh dalam carta.

"Mohon NSFC ambil dia ini, Cifuentes Kelantan, padu dan boleh buang Goulan dan Casagrande itu, dia ini main best cuma silap team saja," katanya.

Pemain berketinggian 1.73 meter merekodkan empat gol dalam 12 dan satu hantaran jaringan dalam perlawanan Liga Super 2023.

Tambahan pula, kepantasan Cifu dalam membantu TRW mencetak satu jaringan pada minit-minit terakhir ketika menentang PDRM FC pada Selasa raih pujian penyokong skuad Jang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram