SEBAGAI peminat fanatik bola sepak Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan pemain kacukan Malaysia-China, Nathaniel Shio Hong Wan.
Baru berusia 21 tahun, pemain muda yang lebih dikenali sebagai Hong Wan ini pernah beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers .
Malah Hong Wan juga pernah bermain bersama pasukan kelab Croatia, NK Varazdin sebelum kembali semula ke Wolves.
Pada pertengahan tahun lalu, Hong Wan mengikat kontrak bersama Johor Darul Takzim (JDT) setelah kontraknya tamat bersama Wolverhampton.
Namun seperti ada yang tidak kena di mata penyokong skuad Harimau Selatan apabila pemain itu tidak menunjukkan prestasi kurang cemerlang ketika berada di atas padang.
Hal itu dapat diperhatikan dengan ketara dalam perlawanan persahabatan antarabangsa bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund pada Isnin lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Pada perlawanan tersebut, kelab gergasi Eropah itu menewaskan JDT dengan keputusan 4-1.
Tindakan Hong Wan yang dilihat selalu mengasari pihak lawan ketika diturunkan turut dipersoalkan penyokong. — Facebook/JohorSouthernTigers
Selain gagal membaca pergerakan lawan, pemain itu juga dikatakan kerap hilang fokus dengan kesukaran untuk melakukan hantaran untuk rakan sepasukan.
Prestasi itu jelas mengundang rasa tidak senang penyokong yang lantas menyuarakan pendapat mereka menerusi halaman Facebook JDT FANS TEAM.
Seorang penyokong, Wunan Wan berasakan prestasi yang ditunjukkan Hong Wang sepanjang musim lalu tidak konsisten.
"Dah lama perhati dia ini. Performance naik turun macam bursa saham. Cuma pandangan saya," tulisnya.
Glaj Dar berpendapat, Hong Wan memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun lagi untuk mencapai kematangan dalam permainannya.
"Dia belum capai standard Natxo Insa sebagai pemain tengah bertahan, perlu masa lagi," katanya.
Tindakan pemain pertahanan tengah yang dilihat selalu mengasari pihak lawan ketika diturunkan turut dipersoalkan penyokong, Haniza Saleh.
"Hong Wan kalau main banyak nak 'pangkah' kaki orang," katanya.
Pendapat Haniza itu turut dipersetujui seorang lagi penyokong, Is Kandar.
"Masa menyerang dia bagus, tapi kalau jadi pertahanan suka 'pangkah' kaki orang," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram