JOHOR Darul Takzim (JDT) II membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila mengesahkan kejuaraan Liga Perdana pada Jumaat, sekali gus menambah lagi koleksi pingat dalam almari skuad Harimau Selatan.
Setakat ini, 10 trofi musim 2022 telah menjadi milik kelab JDT di pelbagai peringkat usia sama ada skuad senior sehinggalah junior termasuk Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Presiden dan beberapa kejohanan peringkat akar umbi.
Kejuaraan terbaharu berjaya diraih JDT II selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas pasukan Selangor II dalam saingan Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Lumrah bagi negeri Johor, kejayaan demi kejayaan yang dilakar mereka sering kali membuatkan sesetengah pihak tidak senang duduk dan mahu mencetus kontroversi dengan mempertikaikan kemenangan mereka.
Antara yang paling menonjol adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa sering membuat kenyataan provokasi untuk memancing reaksi pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim di media sosial.
Gambar edit netizen berkaitan Sanusi terharu dengan kemenangan JDT II. — Facebook
Ia termasuk sebuah video baru-baru ini menyaksikan dakwaan Sanusi mengandaikan kejayaan Johor merangkul kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) 2022 adalah kerana perubahan had umur pada temasya kali ini.
Melihat kepada kejayaan terbaharu yang dilakar kelab dari Selatan itu mendakap trofi Liga Perdana musim ini, penyokong pastinya ternanti-nanti reaksi balas Menteri Besar Kedah itu yang pasti akan 'panas punggung' untuk membuat kenyataan mengenai prestasi semasa skuad tersebut.
Peminat ternanti-nanti reaksi Sanusi rentetan JDT II muncul juara Liga Perdana musim ini. — Facebook/Johor Southern Tigers
Salah seorang penyokong Harimau Selatan, Muhammad Azri menjangkakan Sanusi sedang memikirkan idea untuk mempertikaikan kejayaan terbaharu skuad itu.
"Memang berbuih mulut Sanusi, JDT... JDT... JDT.... Silap hari bulan, bulu-bulu semua gugur fikirkan kejayaan Johor," katanya.
Aziz Salim menambah " Tak ada sesiapa nak pergi lihat apa khabar Sanusi, ni JDT menang lagi ni, dia OK tak tu?
"Sanusi patut fikir tentang bola sepak Kedah, bukan JDT. Tak apa, JDT menang lagi.... Sanusi?" kata Ishak Zakaria.
"Tak apa nanti skuad 'abang' ambil trofi dekat kedah. Biar padan muka Sanusi... muahaha," ejek Imran Hakimi.
Pada Jumaat, Sanusi sekali lagi dilihat cuba menghangatkan lagi bahang suasana apabila memuat naik gambarnya memakai baju dengan tulisan 'Panaih takpa jangan koyak.' — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram