Nafuzi Zain semakin hampir ke Kedah, TFC dah jumpa pengganti


  • Podium
  • Isnin, 26 Sep 2022

Nafuzi mula menempa namanya dalam arena bola sepak tempatan bersama Terengganu FC. — Facebook/Aidir photography

"JURULATIH berusia 44 tahun" antara petunjuk bahawa ketua jurulatih, Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain bakal menjadi pengendali baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim depan, sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi baharunya selepas empat musim mengendalikan pasukan itu.

Petunjuk itu dilontarkan oleh penyokong bola sepak tempatan, Syafiq Freman yang mengatakan KDA FC merupakan destinasi baharu Nafuzi selepas beberapa pasukan dikaitkan dengan jurulatih itu.

"Hijau Kuning bakal menjadi destinasi seterusnya buat jurulatih muda berusia 44 tahun terbabit. Dikhabarkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan," tulisnya menerusi ciapan Twitter.

Perkara itu disambut baik oleh penyokong Hijau Kuning ekoran prestasi turun naik yang diberikan oleh jurulatih, Aidil Sharin Sahak sepanjang mengemudi Kedah musim ini.

Selain itu, khabar berkaitan jurulatih kelahiran Kelantan itu juga dapat mengubat luka segelintir penyokong yang kecewa apabila bekas jurulatih KDA FC, Tan Cheng Hoe sah memilih Selangor FC sebagai destinasi baharunya.

TCH

Cheng Hoe (kanan) sah berhijrah ke Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

Bagaimanapun, situasi berbeza dialami dalam kalangan penyokong skuad Penyu apabila mendengar khabar Nafuzi semakin hampir ke kelab berpangkalan di utara tanah air itu.

Enggan terus bersedih dengan khabar angin mengaitkan Nafuzi itu, penyokong Terengganu mencadangkan agar pengarah teknikal TFC, Tomislav Steinbruckner diangkat sebagai ketua jurulatih.

tomi

Tomislav dipilih sebagai pengarah teknikal TFC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022. — Facebook/TFC

“Bakal pengganti Nafuzi.. Terengganu FC lebih padu musim depan, masa dia pegang T-team FC naik mencanak pemain-pemain muda seperti Safawi, Norhakim, Kamal Azizi,” tulis laman Facebook penyokong TFC, Peteh Ganu Peteh.

“Tomi jurulatih Terengganu tahun depan, corak permainan Tomi lagi padu,” komen penyokong TFC, Syed Amar.

“Tak sabar rasa nak tengok permainan ala-ala Eropah kendalian Tomi, semoga berjaya juga buat Nafuzi Zain dengan pasukan baru,” kata penyokong, Awang Hitam.

Jurulatih berasal dari Croatia itu dipercayai mampu menggalas tugas sebagai pengendali TFC selepas kejayaannya sewaktu membimbing pasukan simpanan Terengganu, T-Team. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram