Bergson bagaikan jelmaan legenda Kedah, bakal catat rekod baharu


  • Podium
  • Ahad, 07 Ogos 2022

Bergson antara pemain terpantas berjaya menjaringkan 50 gol di Liga Malaysia. — Facebook/JOHORSouthernTigers

KETINGGIAN sempurna dan mampu menghasilkan penyudah tajam merupakan kualiti terbaik seorang penyerang yang pasti digeruni mana penjaga gol.

Kualiti tersebut dimiliki oleh pemain Bergson Da Silva sekali gus meletakkan dirinya antara pemain berbisa dalam saingan Liga Malaysia ketika ini.

Pemerhati sukan Don K-Rul IZham menyifatkan Bergson mempunyai kelebihan kekuatan rembatan 'screamer' nya.

Pada perlawanan JDT menentang Penang FC pada pentas akhir Piala FA selepas Jumaat lalu, pemain import dari Brasil ini turut menyumbang satu gol pada awal minit permainan.

Menurut Don, Bergson bagaikan jelmaan Marlon Alex James.

Don menyifatkan selepas era Marlon, keupayaan Bergson kini mengulangi semua nostalgia tersebut.

Marlon merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi buat penyokong bola sepak Malaysia dan Kedah.

Legenda pemain import ini pernah menghiasi pentas Liga Malaysia pada suatu ketika dahulu dan juga menjadi individu penting membantu skuad Kedah menjulang kejuaraan double treble.

Armed Forces player, Marlon Alex James been cool by refree Mohd Nafeez Abd Wahab during the Malaysia Cup against Selangor at Selayang Stadium yesterday. AZMAN GHANI / The Star

Marlon(kiri) merupakan individu penting membantu skuad Kedah menjulang kejuaraan double treble pada zaman kegemilangan Kedah dahulu. —The Star

Ketajaman penyudah dan bijak menghidu peluang untuk menjaringkan gol menjadi senjata buat pemain bertubuh sasa yang berasal dari Saint Vincent & Grenadines ini.

Sama seperti Marlon, bermain sebagai penyerang Bergson juga banyak membantu skuad Harimau Selatan menjaringkan gol setiap kali perlawanan.

Kali terakhir dicatat, Bergson menjaringkan 50 gol. Kini Bergson sudah bergerak ke angka 54 gol. Semuanya dicapai pada penampilannya ke-53.

Don berkata, jika dulu 'ada Marlon ada gol' dan kini 'ada Bergson ada gol'.

"Dalam carta penjaring terbanyak sepanjang zaman JDT pula, Bergson terus mendaki kedudukan dan kini di kedudukan ke-4.

"Tak banyak perbezaan pun, hanya 3 gol bagi menyamai rekod Safiq Rahim dan 2 gol untuk menyamai rekod Jorge Pereyra Diaz.

"Bergson telah melepasi rekod Safawi Rashid (53 gol), dan Luciano Figueroa (43 gol).

"Cabrera menamatkan rekod cemerlang Safiq Rahim pada 23 September 2020, dua tahun lalu dengan menjaringkan gol ke-57 beliau sekal igus melepasi rekod Safiq (56 gol ketika itu) untuk diletakkan sebagai all-time top penjaring kelab. Cabrera kemudian menamatkan karier di JDT dengan 66 gol dari 152 perlawanan," tulisnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Pada masa sama, Don juga yakin Bergson akan akan melepasi sasaran melepasi rekod Cabrera.

"Bergson juga hanya ketinggalan empat gol sahaja lagi untuk mengatasi rekod penjaring Liga Super JDT juga milik Cabrera, 43 gol.

"Bergson sudah menjaringkan 39 gol dalam kejohanan Liga Super 2022. Sekali lagi hanya detik akan menentukan bila Bergson akan mencapai rekod tersebut.

"Musim ini Bergson telah menjaringkan 24 gol, hanya 6 gol memisahkan Bergson untuk mencapai rekod musim lepas iaitu 30 gol," katanya.

Johor Southern Tigers

Bergson hanya ketinggalan empat gol sahaja lagi untuk mengatasi rekod penjaring Cabrera. —Facebook/JOHORSouthernTigers

Tambah Don lagi, sepanjang melakukan kiraan gol sebelum-sebelum ini, Bergson antara pemain terpantas berjaya menjaringkan 50 gol di Liga Malaysia selain Juan Manuel Arostegui yang menjaringkan 50 gol dalam 39 perlawanan pada 2003 dahulu.

"Sedikit kelebihan pada Bergson adalah dia bermain pada Liga Super berbanding Arostegui di liga bawahan.

"Ada jurang untuk perbandingan kedua-dua pemain, cuma untuk catat dan rekod, bagaimana kedua-dua pemain berjaya menjaringkan 50 gol, "

"Orang ketawa ketika dia tewas kepada Ifedayo Olusegun (sebagai penjaring terbanyak) pada musim lepas, tapi dia bangkit menjadi mesin gol lebih buas musim ini. Bergshow, " kata Don. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram