Legenda import Kedah luah hasrat mahu kembali, asalkan ada Rizal Ghazali


  • Podium
  • Sabtu, 14 Mei 2022

Renan ketika beraksi di KDA FC suatu ketika dahulu. — Bernama

BEKAS pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Renan Alves meluahkan hasratnya untuk kembali ke pangkuan pasukan itu.

Sebelum ini, laman Instagram arena_bolasepak_kedah memuat naik gambar Renan disertai dengan kapsyen bahawa peminat merindukan penampilan semula legenda bola sepak tersebut dalam KDA FC.

"Rindu hang matnan (nama panggilan Renan)," katanya.

Selain membalas hantaran itu dengan emoji hati hijau dan kuning, Renan seolah-olah bersetuju mahu kembali ke KDA FC dengan syarat pemain pertahanan Sabah FC yang juga bekas pemain KDA FC, Mohd Rizal Ghazali perlu turut serta.

WhatsApp Image 2022-05-14 at 2.24.21 AM (3)

Tangkap layar komen Renan yang turut mengharapkan Rizal membuat penampilan bersamanya di padang.

"@rizalghazali, if you come back, why not? Haha I miss you brother, I love you," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai penyokong KDA FC turut dilihat mahu Renan kembali ke pasukan itu semula.

Antaranya @ikmxlshfiq menulis: "Rindu orang yang dah tiada ni sakit,"

@_.punyamiraa menambah: "Serius rindu dia wey,"

template (57)

Tangkap layar komen peminat di laman Instagram.

Pada masa sama, @m.izzuddinaziz90 menganggap, pemain tersebut hanya dihargai selepas dia tidak lagi beraksi di pasukan itu.

"Tapi itulah, masa kawan ni dok ada, dia pun jenoh dok kena maki. La ni dia tak ada, mai hat yang terok, haaa ajaq muka," katanya.

Selain itu, @_imn.rzzwa_ berkata: Renan be like:"Baru hampa nak rindu aku nohh, selama ni hampa dok kutuk aku,"

Renan yang pernah beraksi bersama Kedah selama tiga musim bermula 2019 ketika ini merupakan pemain kelab Barito Putera di Indonesia ketika ini sedang bercuti di negaranya, Brazil selepas Liga 1 Indonesia melabuhkan tirainya bulan Mac yang lalu.

Beliau juga dikhabarkan menjadi rebutan kelab-kelab di Indonesia selepas mempamerkan aksi berkualiti di Liga Indonesia.

Bukan itu sahaja, beliau diangkat sebagai wira pasukan selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukannya dan lebih manis lagi, beliau merupakan tonggak utama pasukan yang menyelamatkan pasukannya dari turun liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram