Puas hati 'miliki' Njoku, penyokong KUFC mahu pengurusan sambung kontrak


  • Podium
  • Ahad, 01 Mei 2022

Njoku (kanan) sudah menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan Liga Premier setakat ini. — KUFC

SELEPAS enam perlawanan Liga Premier, Kelantan United kini menduduki tempat ketiga di belakang Kelantan FC dan Johor Darul Takzim II dengan 12 mata hasil daripada empat kemenangan dan dua kekalahan.

Pasukan itu turut menjaringkan lapan gol dan melepaskan tujuh gol setakat ini.

Penyerang import dari Nigeria, Jacob Njoku ternyata merupakan ayam tambatan buat Kelantan United FC (KUFC) apabila sudah menjaringkan enam gol daripada keseluruhan lapan gol tersebut.

Penyokong Kijang Hijau nampaknya begitu berpuas hati dengan persembahan pemain berusia 24 tahun itu dan meluahkan perkara itu di Facebook.

"Nampak 'galok' molek dia main," kata Amir Eto'o.

Seorang penyokong KUFC, Che Hi Zam memuji pihak pengurusan kerana berjaya membawa pemain berkualiti seperti Njoku.

Sementara itu, Dee Yanna pula menggesa pihak pengurusan supaya tidak melepaskan pemain itu, manakala Edi Leh berpendapat bahawa pihak pengurusan harus menambah kontraknya lagi memandangkan dia masih muda.

Njoku menyertai KUFC awal musim ini daripada kelab Mesir, Suez SC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram