AHLI Permatang Pauh, Nurul Izzah pada Isnin membidas dakwaan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal bahawa Pakatan Harapan (PH) gagal menangani kepentingan politik identiti.
Malahan, Wan Ahmad Fahysal juga berkata, pengundi etnik Cina mengundi parti DAP kerana kepentingan komunal.
Menurut Nurul Izzah, tindakan Wan Ahmad Fahysal yang seolah-olah memperjuangkan identiti sebagai asas politik parti itu menyifatkan agenda tersebut adalah tidak sihat.
Nurul Izzah kecewa dengan ahli politik muda tempatan yang masih memainkan sentimen perkauman dan mengambil kesempatan daripada konservatisme yang meningkat di negara ini.
Mengulas isu berkenaan, seorang pengguna Facebook, Lukman Sheriff menjelaskan tentang maksud sebenar politik identiti.
"Termasuklah mereka yang berkait dengan ideologi liberal.
"Selalunya dalam polemik politik di sini, politik identiti hanyalah merujuk kepada politik berkaitan ras dan agama.
"Ini tidak betul kerana ia mencakupi politik yang berkaitan dengan ideologi," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Nurul Izzah membidas tindakan Wan Ahmad Fahysal yang seolah-olah memainkan sentimen perkauman. — Bernama
Tambah Lukman, Malaysia selama ini mengamalkan konsep politik 'consociational'.
"Secara amnya, politik 'consociational' ini memberi maksud politik yang menggabungkan pelbagai etnik dan agama untuk berkongsi kuasa.
"Matlamatnya adalah untuk mencapai kestabilan. Politik 'consociational' ini adalah sebati dan diamalkan sejak merdeka lagi.
"Semua parti politik mengamalkan konsep ini tanpa berkecuali. BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional) jelas mengamalkan konsep sebegini, termasuk PH.
"Parti Amanah misalnya badan politik atas dasar agama. DAP pun berdasarkan ras. Tahun demi tahun, kepimpinannya hanya mengekalkan hegemoni sesetengah kaum sahaja.
"Mereka juga hanya bertanding di kawasan tertentu mengikut kaum. Mengatakan PH dan DAP tidak mengamalkan identiti politik adalah satu kepalsuan yang cuba dimain-mainkan oleh sesetengah media," jelasnya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram