Peminat Kedah FC kecewa, harga tiket ‘friendly’ pun kena cukai


  • Podium
  • Rabu, 30 Mac 2022

POSTER KDA FC menentang Harini FT yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Rabu. — Facebook KDA FC

SEORANG peminat Kedah Darul Aman (KDA) FC meluahkan rasa kecewanya apabila tiket perlawanan persahabatan bersama Harini FT pada Rabu dikenakan cukai.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Daniel Kincaid mempersoalkan kadar cukai yang dikenakan terhadap tiket berharga RM5.

"Pukoi rata pulak tu cukai RM3.60 untuk tiket harga RM5.

"72 peratus cukai tu dari harga tiket RM5," katanya yang membeli tiket secara atas talian, Tickethotline.

277003724_5054757011312054_8209294844311136058_n

TANGKAP layar perkongsian Daniel Kincaid di laman Facebook.

Sementara itu, Shahrul Fahmi Effendi berkata, cas sebanyak RM3.60 diterima Tickethotline menyebabkan perkara itu menjadi pertikaian.

"Cas perkhidmatan kita faham. Tapi janganlah pukul rata. Tiket RM5, cas perkhidmatan buh RM1. Gagah lagi.

"Itu yang bro ni cuba nak sampaikan. Aku faham dan aku rasa Tickethotline kena semak semula," katanya.

template (3)

TANGKAP layar komen peminat bola sepak berkaitan cukai tiket perlawanan antara KDA FC dan Harini FT.

Turut tidak berpuas hati dengan perkara itu, Nur Zaf Ran menambah, wang tiket perlawanan bola musim lepas yang dibatalkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih tidak dipulangkan.

"Suruh emel apa bagai, (tapi) dah emel senyap dengan ayaq tu ja la," katanya.

Badl Shah Che Rose menulis: "Semua dicukai der. Jangan la tak faham pula beli online (atas talian) pun dicukai. Betul kan beli KFC pun dicukai. Lama dah kerajaan tetap kutip cukai dari rakyat. Lupa ke der," — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tickethotline, KDA FC, Harini FT, cukai