Lagi meletup dari Snoop Dog, ramai cadang kelab selain JDT duet dengan DSV


TONTONAN muzik video Ku Ikhlaskan lebih tinggi berbanding Pioneers di YouTube.

"BERJUTA-JUTA keluar duit buat lagu panggil Snoop Dogg, sekali kena terajang dengan Datuk Seri Vida (DSV)."

Itu ciapan yang dikongsi akaun Facebook, Selangor Power Sampai Kiamat yang membandingkan jumlah tontonan muzik video lagu baharu pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Pioneers dengan usahawan kontroversi Datuk Seri Vida (DSV), Ku Ikhlaskan di YouTube.

Perbandingan yang dicetuskan oleh pemilik akaun berkenaan dihujani pelbagai reaksi netizen yang menyokong dan membidas kenyataan tersebut.

Seorang pemilik akaun, Entah Lah menulis di ruangan komen menyatakan bahawa tiada yang istimewa untuk lagu Pioneers nyanyian Snoop Dogg dan Joe Flizzow yang mana kolaborasi seumpama itu boleh dilakukan kelab lain jika ada modal.

"Sembang 75 juta tontonan, Mendonia konon, celah mana 75 juta pun tidak tahu.

"Malu dengan DSV pun kena bedal, maknanya sampai tahap orang malaysia pun lebih nak tengok lagu DSV dari lagu Snoop Dogg 75 juta tontonan.

"Setakat kolaborasi bayar semua kelab boleh buat, Perak FC pun boleh buat kolaborasi kalau ada duit, tiada yang istimewa pun," kongsinya.

komen snoop dogg 1

Pemilik akaun, Zaharin Manan pula memberi cadangan supaya JDT memanggil DSV untuk berkolaborasi buat lagu baharu pasukan itu selepas ini.

"Lepas ini puak mereka (JDT) panggil DSV pula buat video lagu baharu, baru ada kelas," katanya.

komen snoop dogg 2

Mu Fir pula berkongsi info menyatakan bahawa lagu tersebut tidak dikongsi semula oleh peminat Snopp Dogg meskipun selebriti itu sudah mempromosikannya di media sosial.

"Benda in Snoop Dogg yang kena promote baru naik rating tu.

"Tapi Snoop Dogg punya page yang ada follower berjuta langsung tidak share muzik video JDT, tidak tahu kenapa," tulisnya.

komen snoop dogg 4

Sementara itu, ada dalam kalangan pengguna Facebook yang membidas status berkenaan yang menyatakan bahawa tontonan muzik video Pioneers tinggi di platform lain.

komen snoop dogg 3

Rizal Ramlee menulis bahawa meskipun tontonan muzik video JDT rendah berbanding DSV, ia dicapai tanpa sebarang publisiti murahan.

" YouTube JDT tidak buat publisiti sudah 375,000 tontonan, Instagram (473,000), Facebook (805,000), Twitter (179,000).

"Belum lagi kira page Snoop Dogg, Universal Music, Spotify, Apple Music, Radio dan sebagainya," ujarnya.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mencadangkan supaya mana-mana kelab selain JDT termasuk Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC supaya berduet dengan DSV jika berhasrat untuk melancarkan lagu masing-masing selepas ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram