BERDEPAN dengan pasukan gergasi, pasukan liga M3, BRM FC, nampaknya mendapat sokongan daripada peminat untuk berdepan pasukan elit JDT dalam aksi Piala FA.
Malah, rata-rata netizen menganggap yang BRM FC tidak sepatutnya gentar berdepan dengan JDT, sebaliknya menganggap perlawanan itu sebagai satu perjalanan buat mereka.
Menurut pengguna Facebook, Mohd Nasir, BRM FC tidak sepatutnya terlalu menghormati status pihak lawan.
"Kecepatan, kawalan bola, bersatu hati, serta mental yang mampu menumbangkan ego pihak lawan. Luaskan legasimu," katanya.
TANGKAP layar komen yang ditinggalkan netizen menjelang perlawanan antara BRM FC dan JDT. — Facebook
"Taktikal Penang parking bas. Taktikal BRM FC? Kekuatan berbeza-beza. Jadi tak perlu main open sangat. Harap potensi BRM FC sekurang-kurangnya dapat memberi saingan dan boleh jaringkan gol," katanya.
Muhammad Abdullah pula berkata, memang di atas kertas JDT adalah pasukan kegemaran namun BRM FC mampu memberikan saingan sebagai pasukan underdog.
Liga Nikam juga menyatakan yang BRM FC ibarat pasukan kecil dari Kuala Kangsar bertemu gergasi negara dan Asia Tenggara.
Untuk rekod, BRM FC akan bertemu dengan JDT FC pada Ahad ini di Stadium Sultan Ibrahim, Johor dalam pusingan pertama perlawanan Piala FA. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram