TIMBUL isu kontroversi apabila seorang pelakon, Fathia Latiff menggelar isteri bekas kekasihnya, Zahirah Macwilson sebagai bibik atau pembantu rumah.
Video tular mengenai itu mendapat perhatian netizen sejak dimuat naik menerusi aplikasi Tiktok milik Fathia, @Rose_Official.
Selain panggilan bibik, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, turut mengundang kemarahan ramai apabila memuat naik foto bersama suami Zahirah yang juga bekas kekasihnya, Aiman Hakim di laman Instagram dengan mendakwa lelaki itu masih mencintai dirinya.
BACA LAGI: Pembinaan bersejarah dalam Islam, ketahui 10 fakta Masjid Quba yang tidak diketahui ramai
Keadaan menjadi tegang apabila beberapa individu lain turut memberi respons mengenai isu tersebut meskipun Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim sama sekali tidak memberi kenyataan mahupun membuka mulut bagi menjawab segala tohmahan terhadap mereka.
Bercakap soal itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Islam melarang seseorang untuk membuka aib secara terang-terangan kerana perkara itu termasuk dalam salah satu dosa besar.
Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan ALLAH tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590).
Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Dalam pada itu, Wan Salim berharap agar perkara itu dihentikan kerana mampu menjatuhkan air muka seseorang.
"Kita nasihatkan supaya apa jua tindakan yang boleh menyebabkan putusnya tali persaudaraan dihentikan," katanya.
Selain itu, Wan Salim turut menyeru supaya masyarakat tidak mencampuri urusan berkenaan kerana keperluan dalam Islam untuk menjaga hubungan baik dengan semua orang.
Aiman Hakim dan Zahirah tiada masa untuk melayan Fathia.
"Apabila disebarkan ke media sosial, orang lain akan campur tangan jadi itu yang dilarang dalam Islam supaya tak tersebar dalam masyarakat.
"Aib orang didedahkan, sedangkan agama minta kita untuk tutup," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram