'Jika benar hafal al-Quran, kenapa berkelakuan sedemikian?', Mufti Kelantan pertikai tindakan wanita buka baju, hina Islam


  • Mukmin
  • Sabtu, 09 Jul 2022

Tangkap layar video Amy sebelum (kiri) dan selepas (kanan) membuka aurat ketika membuat persembahan komedi baru-baru ini.

VIDEO tular seorang wanita yang mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran, serta didakwa menghina agama Islam mendapat respons daripada pelbagai pihak.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amirah Natasha Abdullah dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu didakwa mempermainkan agama Islam semasa membuat persembahan komedi, di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Siti Amirah atau dikenali sebagai Amy membuat kejutan apabila dia yang tampil sopan mengenakan tudung dan baju kurung Kedah, secara tiba-tiba menanggalkan pakaian itu hadapan khalayak ramai.

Dia dilihat mengenakan baju seksi bertali halus (spaghetti strap) berwarna hitam dan skirt singkat paras paha berwarna coklat.

Lantaran itu, jurucakap polis Kuala Lumpur berkata, kes tersebut akan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terancang (USJT) Bukit Aman daripada siasatan polis Petaling Jaya.

Pada masa sama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut melakukan siasatan terhadap wanita terbabit.

"Jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

ktbsimufti 3Kelantan Mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Mohamad Shukri berkata, wanita tersebut menunjukkan kejahilan sendiri jika melakukan perbuatan itu secara sedar.

Turut mengulas mengenai perkara itu adalah Mutfti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed.

Mohamad Shukri berkata, wanita tersebut diambil kira sebagai berdosa selain hanya menunjukkan kejahilan diri sendiri, sekiranya dia melakukan perbuatan menghina Islam itu secara sedar.

Beliau berkata, jika benar wanita itu mendalami Islam, dia akan menunjukkan perbuatan sayang kepada agama dan tidak melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan kehendak Islam.

"Dakwaan hafal al-Quran itu hanya sekadar dakwaan sahajalah. Tapi, seseorang itu perlu patuh kepada kehendak-kehendak al-Quran.

"Kalau dia hafal al-Quran, dia takkan berkelakuan sedemikian, yakni yang bercanggah dengan al-Quran," katanya kepada Majoriti.

Screenshot 2022-07-09 194342

Mohamad Sabri berkata, wanita tersebut secara zahir sememangnya menghina Islam. — Sinar Harian

Selain itu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, perbuatan wanita tersebut yang mendedahkan aurat sememangnya haram di sisi Islam.

Namun, Mufti Terengganu itu tidak dapat memastikan niat sebenar wanita itu melakukan perbuatan tersebut.

Beliau berkata, wanita berkenaan boleh jatuh iman jika melakukan perkara itu secara sedar.

"Tak pasti sebab apa dia cakap macam tu, namun secara zahirnya memang dia hina Islam.

"Adakah tak waras ketika itu atau nak protes sesuatu perkara?

"Kita pun tak tahu keadaan orang yang kadang-kadang stres dan sebagainya, tapi tak bolehlah nak kaitkan dengan agama kalau buat stand-up comedy," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram