Trend 2016 di Instagram gamit nostalgia, Milenial kongsi gaya 'selfie', 'skinny jeans' dan lagu pop ikonik


  • Gaya
  • Isnin, 19 Jan 2026

Ramai orang menggunakan Instagram untuk mengimbau kembali tahun 2016.

TREND nostalgia 2016 kembali menjadi perhatian di Instagram apabila ramai generasi milenial berkongsi gambar lama mereka dari sepuluh tahun lalu, lengkap dengan solekan tebal dan gaya selfie yang popular pada era itu.

Trend throwback ini bukan sahaja menarik perhatian pengguna biasa, malah turut diminati oleh pempengaruh yang memuat naik imej-imej lama dengan kapsyen yang mencerminkan kerinduan terhadap zaman yang lebih ringkas.

Tahun 2016 dikenang sebagai era fesyen skinny jeans dan aksesori besar, manakala lagu-lagu pop seperti Closer oleh The Chainsmokers dan Love Yourself oleh Justin Bieber menjadi lagu popular ketika itu.

BACA LAGI: Niat nak kurus amal diet karnivor, pempengaruh usia 23 tahun alami masalah buah pinggang serius

BACA LAGI: Konon tanda prihatin, jururawat digantung tugas gara-gara benarkan teman lelaki urus ubat, laporan pesakit

Pakar media sosial dari Mexico City, Kar Brulhart menjelaskan bahawa kebangkitan trend ini berlaku kerana rasa nostalgia dan keinginan untuk kembali ke era analog, termasuk buku fizikal, telefon flip dan kamera digital. 

Ia juga menjadi ruang untuk pengguna berehat daripada tekanan media sosial dan hal-hal dunia luar.

Selebriti turut menyertai trend ini. Charlie Puth, Eva Longoria, Lucy Hale, Karlie Kloss dan Kylie Jenner antara yang memuat naik gambar lama mereka. 

Kylie Jenner misalnya berkongsi gambar memakai skinny jeans dan kasut Converse hitam bersama Kylie Lip Kit ikoniknya, yang meraih lebih 2.4 juta tanda suka. 

John Legend pula mengenang detik kelahiran anak sulungnya bersama Chrissy Teigen.

Pengasas firma PR, Image PR di Los Angeles, Hailey Bailey menyifatkan trend ini sebagai cerminan kerinduan millennials terhadap kesederhanaan, kepolosan dan aspirasi diri mereka pada musim panas 2016. 

Ramai yang menyedari bahawa impian lama mereka masih belum tercapai sama ada dari segi memiliki rumah, mencari pasangan yang sesuai atau menumpukan perhatian terhadap kerjaya.

Brulhart beranggapan pada 2016, Instagram masih menampilkan posting secara semula jadi mengikut urutan masa, tanpa Reels, kandungan AI atau feed yang terlalu tersusun.

“Pengguna hanya mendokumentasikan kehidupan sebenar tanpa berusaha membina jenama diri di setiap posting,” jelasnya.

Trend throwback ini membuktikan bahawa walaupun sepuluh tahun telah berlalu, kenangan manis era 2016 masih segar dalam ingatan generasi milenial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram