[VIDEO] 'Pelamin anganku musnah', wanita ditinggalkan pada hari menikah, terduduk di atas jalan, ini ceritanya...


  • Cinta
  • Isnin, 08 Sep 2025

Seorang wanita terduduk di atas jalan apabila ditinggalkan bakal suami pada hari akad nikah pada Rabu lepas. — Gambar hiasan/AI

KISAH duka wanita bernama Syasya Amanda yang ditinggalkan bakal suami pada hari akad nikah pada Rabu lepas terus menjadi bualan hangat di media sosial. 

Lebih memilukan, semua ahli keluarga lelaki terbabit hadir ke lokasi pernikahan dengan hanya berpakaian biasa dan langsung tidak mengendahkan Syasya yang ketika itu terduduk di atas jalan.

Tidak mahu terus difitnah, Syasya tampil menjelaskan kisah sebenar menerusi beberapa hantaran di TikTok.

"Ya, saya memang ada anak. Itu kisah lama, tak perlu kaitkan atau salahkan anak saya dalam hal ini. 

"Lelaki itu dari awal sudah tahu tentang anak saya, malah pernah bawa saya jumpa keluarganya. Pada mulanya mereka boleh terima, tetapi semuanya berubah selepas satu insiden,” katanya.

BACA LAGI: 'Doktor gagal kesan denyutan jantung twin A, twin B berpusing dalam rahim', ibu kongsi detik cemas ketika bersalin kembar

BACA LAGI: 'Bukan setakat kursus kahwin saja, fahami ilmu faraid, hibah', ADUN Duyong dedah kes dialami wanita selepas kematian suami

@syasyaamandaa

sebelum nak judge orang cuba letak diri awak semua dekat tempat saya , apa perasaan awak kalau ada dekat situation saya ?

Izin Sayang JasminSopeah - ainaazaini ׂོ

Menurut Syasya, perubahan sikap keluarga bakal suami bermula apabila lelaki itu membawa beliau dan anaknya keluar menggunakan kereta milik kembarnya. 

Bagaimanapun, Syasya berkata, lelaki tersebut menipu si kembar dengan alasan kononnya kereta itu digunakan untuk tujuan kerja.

"Sejak itu, kembarnya memang tak puas hati dengan saya. Lebih malang, adiknya (bakal suami) dibuang kerja kerana kerap ponteng dengan alasan ingin berjumpa saya. 

"Padahal saya tak pernah paksa. Dia sendiri yang selalu ponteng. Tapi keluarganya salahkan saya punca dia kena buang kerja,” jelasnya lagi.

Lebih mengejutkan, Syasya menafikan tuduhan bahawa pernah menyorokkan lelaki berkenaan. 

Katanya, bukti perbualan ada menunjukkan lelaki itu sendiri mahu keluar dari rumah kerana tertekan dengan keluarganya yang tiba-tiba berubah fikiran dan tidak lagi dapat menerima Syasya.

“Logik ke perempuan culik lelaki? Saya hanya cari dia sebab hilang tanpa khabar. 

"Normal lah seorang perempuan cari pasangannya. Tapi keluarga dia cuba salahkan saya macam-macam, buka aib kisah silam saya hanya untuk pertahankan nama baik mereka,” luahnya.

Syasya turut mendakwa, keputusan tidak jadi berkahwin berpunca daripada bakal suami sendiri berubah hati. 

Malah, dia percaya lelaki itu berniat memalukannya di hadapan orang ramai pada hari pernikahan tersebut.

“Keluarga mereka cuba play victim. Mereka salahkan saya kononnya sebab nak kahwin dengan anak mereka, mak dia jatuh sakit. Hakikatnya saya tak ada salah apa pun. Mereka hanya mahu jatuhkan maruah saya,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram