Suami mamai, tak larat lepas syif malam terlafaz talak 3, isteri tergamam, kesudahannya...


  • Cinta
  • Sabtu, 06 Sep 2025

Isteri tidak mampu menahan air mata selepas suami tiba-tiba melafazkan talak 3 dalam keadaan mamai. — Gambar Hiasan

SEORANG suami nyaris menceraikan isterinya tanpa sedar hanya kerana keletihan selepas bekerja syif malam. 

Perkongsian kes ini dibuat oleh pengamal undang-undang, Muhd Fadzil, menerusi hantaran di media sosial baru-baru ini.

“Ada klien telefon bercerita… suaminya kerja syif malam, balik pagi terus tidur. 

"Dapat tidur kejap pagi tu tapi dikejutkan oleh Isteri sebab anak meragam. Suami tak larat dan terus sambung tidur.

"Isteri mengamuk, cakap suami taknak tolong. Tengah marah-marah tu. Suami bangun, terus lafaz "Aku cerai kau talak 3". 

"Suasana senyap, suami terus tidur. Isteri tergamam dan menangis,” katanya.

BACA LAGI: Belum umur 30 tahun sudah pradiabetes, doktor bongkar kes wanita diet ketat demi kurus, jelaskan punca sebenar

BACA LAGI: Kahwin bukan sekadar tinggal serumah, ini beberapa amalan sebelum tidur yang ramai pasangan abaikan

Keesokan harinya, apabila isteri berani bertanya semula tentang lafaz cerai itu, suami seolah-olah tidak mengingati dan bertanya, “Bila?” 

Situasi itu menimbulkan trauma dan kebimbangan pada pihak isteri mengenai status rumah tangga mereka. 

Muhd Fadzil menasihatkan kliennya agar kes seperti itu dibawa ke mahkamah bagi mengesahkan lafaz cerai.

Semasa siasatan, hakim bertanya kepada suami sama ada benar dia melafazkan talak dalam keadaan sedar.

Suami menafikan dan menjelaskan kemungkinan dia dalam keadaan mamai akibat keletihan, malah sanggup bersumpah menafikan lafaz itu berlaku secara sedar.

Mahkamah akhirnya memutuskan lafaz itu adalah lagha, tidak sah dan tidak memberi kesan terhadap pernikahan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya beranggapan suami isteri perlu saling memahami keadaan masing-masing terutama selepas penat bekerja. 

“Suami saya dulu pun kerja syif malam. Balik pagi terus tidur. Saya tukar kerja dia ke waktu pejabat. Badan lebih sihat dan bertenaga. Isteri kena faham keletihan suami," kata Haf SH.

“Kejut suami kena lembut. Sentuh perlahan, panggil perlahan. Jangan menjerit. Ada adabnya, terutama bila mereka letih," kata Ainasoftfiya

“Ini bukan disengajakan. Otak separa sedar, sama seperti orang jatuh bilik air bila baru bangun. Jangan ganggu orang yang terlalu letih," kata Radzman

“Sepanjang 18 tahun berkahwin, saya tak pernah kejut suami semata-mata suruh jaga anak. Pastikan mereka cukup tidur. Keletihan shift malam lain dari siang biasa," kata Puan Yana.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram