'Salah sikit terus tak balik rumah, alasan nak tenangkan diri', lebih 2 tahun isteri 'makan hati' sikap suami


  • Cinta
  • Sabtu, 06 Sep 2025

Tersimpan luka seorang isteri apabila lebih dua tahun berumah tangga suami jarang pulang ke rumah. — Gambar hiasan/Canva

HIDUP berumah tangga seharusnya berlandaskan kasih sayang dan sentiasa sarat dengan elemen romantis serta harmoni, namun berbeza tidak bagi seorang wanita ini. 

Di sebalik senyumannya, tersimpan luka sudah ditanggung lebih dua tahun bersama suami yang dikatakan jarang pulang ke rumah.

Luahan wanita menggunakan akaun Myperspectiveyourspectator di laman Threads meraih perhatian ramai apabila mendedahkan suaminya kini sudah lima hari menghilang tanpa khabar, sesuatu yang katanya bukan kali pertama berlaku.

“Setiap bulan mesti kena cari dia, pujuk rayu minta balik rumah. Rumah tu rumah aku, dia cakap tak suka balik rumah aku, walhal aku bagi duduk percuma, ikhlas sahaja.

"Salah sikit, terus tak balik rumah alasan nak tenangkan diri. Kali ini aku nekad tak cari. Kalau sampai dua minggu dia tak balik, mungkin aku patut minta fasakh,” katanya.

BACA LAGI: Belum umur 30 tahun sudah pradiabetes, doktor bongkar kes wanita diet ketat demi kurus, jelaskan punca sebenar

BACA LAGI: Kahwin bukan sekadar tinggal serumah, ini beberapa amalan sebelum tidur yang ramai pasangan abaikan

Sebelum kahwin lain, lepas kahwin 360 darjah berubah

Apa yang lebih memilukan, wanita itu mendedahkan suaminya pernah beberapa kali berlaku curang. 

Katanya, walaupun sudah memaafkan dan memberi peluang, perangai lelaki itu tetap tidak berubah.

“Sepanjang dua tahun kahwin, hanya dua bulan je dia balik rumah penuh. Itu pun jenuh kena merayu.

"Bila cakap pasal anak, dia terus kata tak nak anak. Masa bercinta semua indah, lepas kahwin, berubah 360 darjah. Ini lah orang kata perkahwinan satu perjudian," katanya. 

Wanita itu turut menyatakan dirinya sanggup tinggalkan rumah sendiri dan berpindah ke kediaman baharu demi menyelamatkan hubungan, namun cadangan itu tetap ditolak suaminya dengan pelbagai alasan.

Menjawab pertanyaan seorang pengguna, wanita berusia 35 tahun itu memberitahu suaminya lebih selesa tinggal bersama rakan-rakan bujang di berek.

“Siap bagitahu dekat kawan-kawan yang orang rumah dia balik kampung, tu yang dia duduk berek,” ujarnya.

Kisahnya menyentuh hati ramai wanita yang pernah melalui pengalaman hampir sama. 

Ada yang menasihatkan agar cuba kaunseling, ada juga yang terus menyarankan agar dia keluar dari perkahwinan itu demi ketenangan jiwa.

Ex husband saya pun sama. Mula-mula saya bertahan. Sampai beranak pun perangai tak berubah. Akhirnya saya failkan cerai. Alhamdulillah sekarang hidup tenang,” kongsi Ciksyarifahishak.

“Dia tahu awak akan cari dia. Lelaki akan sentiasa memilih diri mereka sendiri. Kali ni jangan cari dia lagi. Jaga diri, jaga mental,” nasihat Natashabintinordin.

"Nasihat saya, ajak pergi kaunseling dulu. Usaha selagi boleh untuk perbaiki hubungan. Kalau dia tetap tidak mahu pergi jumpa kaunseling dan bertindak macam budak umur 5 tahun. Awak tahu apa patut awak buat. Tiada anak masih sempat lagi nak keluar dari hubungan sebegitu, " kata Nur Quiyah Qui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram